Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ( TAMADUN YUNANI : PENTADBIRAN )

SOALAN

Sistem demokrasi Yunani dan sistem republik Rom adalah dua bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi pada hari ini.


(a)  Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.
 

· Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja
Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.
·          Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarki
Kuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.
Raja mempunyai kuasa yang terhad.
Pemerintahan dijalankan oleh konsul.
·          Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasi
Daripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.
Mereka memiliki kuasa yang besar.
Mereka menguasai pentadbiran.
·          Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tirani
Rakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.
Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.
·          Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasi
Golongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator
Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.
 [6 markah]


(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?


·          Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
·          Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul.
·          Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
·          Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan.
·          Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
·          Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan.
·          Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat.
·          Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
·          Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
·          Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom.
·          Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
 [6 markah]


(c)  (i)      Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?


·          Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung.
·          Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan
·          Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung.
·          Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat.
·          Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.
 [4 markah]


      (ii)     Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?


·          Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan
·          Melicinkan pentadbiran negara
·          Menjamin pemerintahan yang ada
·          Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap
·          Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat
·          Melancarkan pembangunan negara
·          Mana-mana jawapan munasabah

Peningkatan tamadun manusia dalam bidang politik dapat dikesan melalui idea-idea baru yang diperkenalkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bertujuan menambahbaikkan lagi system yang sedia ada.


(a)    Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens, Yunani.


 o Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
o Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
o Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
o Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
o Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
o Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
o Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
o Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.
[8 x 1m = Mak. 3 markah]

b ) Huraikan perubahan yang berlaku kepada bentuk pemerintahan di negara kota Athens, Yunani
sehingga munculnya sistem pemerintahan bercorak demokrasi.


Beraja - Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja.
Ketua - Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Bantu - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran.
Konsul - Apabila konsul semakin kuat, kuasa raja menjadi lemah.
Oligarki - Pemerintahan oleh konsul melahirkan pemerintahan oligarki.
Bolot - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang membolot kuasa.
Aristokrasi - Pemerintahan ini dikenali sebagai aristokrasi.
Rampas - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi dipimpin oleh golongan kaya / tentera
merampas kuasa .
Tirani - Pemimpin yang menggelarkan dirinya sebagai diktator melahirkan pemerintahan tirani.
Demokrasi - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat menentang pemerintahan dictator

*NOTA

Proses perkembangan tamadun Yunani
 Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai  perubahan daripada:
 Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi


1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.

3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.

4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.

5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.

6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.

7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.


8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse