Langkau ke kandungan utama

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA
 SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Peristiwa-Peristiwa Menarik

1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.


        Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.

           Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

           Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.


           Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

By : Norman SMK DATO JAAFAR

( JAWAPAN CADANGAN )

Ulasan

  1. bolehkah saya mendapat jawapan untuk soalan peristiwa yang boleh dijadiakn teladn dalan novel disebalik wajah tinggkatan 4

    BalasPadam
  2. Peristiwa menarik bagi novel silir daksina takda kah?

    BalasPadam
  3. Boleh tak bagi pendapat sama ada anda setuju atau tidak tentang pengakhiran novel di sebalik dinara dan silir daksina?

    BalasPadam
  4. Thank you so much ,Sebab ia sangat berguna utk saya..

    BalasPadam
  5. Tq yahhh ,banyak yg tahu tentang novel ini,lagi pun masa exam pun nk dkt..

    BalasPadam
  6. Boleh saya dapat utk peristiwa yg menggembirakan?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Boleh keluarkan peristiwa Bab 3 ?

    BalasPadam
  9. Bolehkah sy dapatkan peristiwa yang boleh memvawa keinsafan kepada pembaca ?

    BalasPadam
  10. assalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih

    BalasPadam
  11. peristiwa novel kulit kijang ad tk?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik ke...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PENGAJARAN )

Novel Di Sebalik Dinara a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.          Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah kita haruslah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.           Selain itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah . Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapa...