Langkau ke kandungan utama

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )



Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan

1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.


        Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.

           Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya. Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.

           Selain itu, peristiwa dimana Farisha berjaya mengodam sistem komputer . Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi bahkan dia telah menggunakan kebolehnya. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl. Peristiwa ini telah mengajar saya untuk berusaha sedaya mungkin untuk mempergunakan ilmu yang sedia ada dan memberi manfaat kepada orang disekeliling.

           Akhir sekali, peristiwa dimana Farisha menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab. Pada permulaan, Farisha dan rakan kerjanya, Rosman sangat terkejut apabila telah diberikan tawaran bekerja di Soft Lab sebanyak RM 1.5 Juta. Farisha tidak terburu-buru dan dia berbincang dengan abangnya dahulu sebelum mengambil tindakkan. Hal ini kerana Farisha ingin memperoleh nasihat dan dorongan. Peristiwa ini mengajar saya bahawa, kita hendaklah berfikir dan mendapatkan nasihat sebelum bertindak supaya tidk terburu-buru membuat keputusan.

By : Norman SMK DATO JAAFAR


( JAWAPAN CADANGAN )

Ulasan

  1. mohon dikongsi bersama pelajar

    BalasPadam
  2. Ini memang merupakan persiapan terbaik s belum menghadapi peperiksaan SPM Bahasa Melayu

    BalasPadam
  3. Hi,boleh minta tolong tak?
    Sesiapa tahu "sebab permulaan cerita menarik perhatian pembaca untuk novel Di Sebalik Dinara"

    BalasPadam
  4. Thankyou teacher kerana telah membantu saya

    BalasPadam
  5. sangat bagus dan sangat berguna terima kasih

    BalasPadam
  6. Orang ketiga diatas sebelum saya , sangatlah tertekan ya

    BalasPadam
  7. Kalau soalan keluar peristiwa-peristiwa menarik boleh letak peristiwa dijadikan teladan?

    BalasPadam
  8. Terima kasih soh banyak-banyak. Sangat membantu.

    BalasPadam
  9. Boleh ke tanya yg Farisha berjaya mengodam komputer itu bab berapa ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjala...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PENGAJARAN )

Novel Di Sebalik Dinara a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.          Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah kita haruslah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.           Selain itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah . Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapa...