SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan
dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. (7 markah)
JAWAPAN
Novel yang
saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan
tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan
unsur-unsur kemanusiaan. Terdapat Teknik Plot yang telah digunakan oleh
pengarang.
Antaranya
ialah teknik imbas kembali. Contohnya, Azraai mengimbas kembali peristiwa 26
tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang
lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan
Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil.
Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai
anak angkat.
Akhir
Sekali , teknik saspens. Contohnya unsur saspens muncul ketika Shida mula
menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan
membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat
Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang
kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali
ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida
berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi
sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca
tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
By : Norman SMK DATO JAAFAR
Ada tak teknik saspens yang lain?
BalasPadamAda tapi takda maap
Padam