Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 17, 2018

Youth Evangelization School ( Y.E.S ) 2018 / Sekolah Evangelisasi Belia 2018

       Sebelum saya memulakan entry blog, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua viewers blog saya. Semoga kekal sihat dan terus diberkati. Taking Picture Before Our Mission Trip                 Bila mengelamun mengenai kemanakah hala tujuan saya selepas SPM, saya terkenang tentang Youth Evangelization School ( Y.E.S ). Mana mungkin tidak, jikalau sesi “Siapakah Diri Saya?” oleh Sister Shanti yang menyentuh saya secara peribadi. Apabila teringat mengenainya, pasti membuatkan saya terpanggil untuk menulis ulasan saya terhadap pengalaman saya sepanjang mengikuti program tersebut.                Sebulan sibuk melakukan persiapan mengambil peperiksaan SPM. Notifikasi telefon saya menarik perhatian saya. Terlihat dalam Group PYM St .Theresa Masai mengenai program Youth Evangelization School ( Y.E.S ) yang akan dianjurkan buat kali pertama di Oasis, Kluang. Saat itu saya  tidak mengendahkannya kerana tumpuan masih pada peperiksaan. Bila pengumuman ol