KERTAS 2 Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (b) : Drama ( Bukan Gila ) 1. SINOPSIS Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain. Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan
"Everything happen for a reason. So, Norman. Jgn give up"