Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 9, 2017

SOALAN PERBANDINGAN NOVEL DISEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA ( NILAI KERJASAMA )

Novel Di Sebalik Dinara Dan Novel Silir Daksina a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kerjasama bagi setiap novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan dan Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Kedua-dua novel ini telah memaparkan nilai bekerjasama bagi tatapan pembaca.              Nilai kerjasama yang terdapat dalam Novel Slir Daksina boleh diperlihatkan melalui kerjasama diantara penduduk Kampong Seri Purnama dal