Langkau ke kandungan utama

SOALAN PERBANDINGAN NOVEL DISEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA ( NILAI KERJASAMA )

Novel Di Sebalik Dinara Dan Novel Silir Daksina

a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kerjasama bagi setiap novel.

          Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan dan Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Kedua-dua novel ini telah memaparkan nilai bekerjasama bagi tatapan pembaca.

             Nilai kerjasama yang terdapat dalam Novel Slir Daksina boleh diperlihatkan melalui kerjasama diantara penduduk Kampong Seri Purnama dalam menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di Kampung Seri Purnama . JKKK dipengerusi oleh ketua kampung, Haji Jamil membentuk jawatankuasa bagi majlis persembahan zapin yang akan dihadiri oleh Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong juga memberi sokongan kepada program menghidupkan semula tarian zapin di kampong Seri Purnama. Dia menghadiri mesyuarat bersama-sama Swee Hwa di balai raya pada malam itu. Tauke Ong memberi persetujuan kepada Haji Jamil untuk menaja makanan untuk majlis  persembahan zapin nanti.

            Nilai kerjasama yang terdapat dalam Novel Di Sebalik Dinara boleh diperlihatkan melalui kerjasama diantara Rosman dan Farisha . Meraka saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Rosman dan Farisha gigih dan berusaha untuk memperluaskan empayer syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi . Hasil kegigihan dan kerjasama mereka telah menjana hasilnya apabila mereka ditawarkan projek di soft lab bernilai RM 1.5 Juta. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.


( JAWAPAN CADANGAN )

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse