Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( TEKNIK PLOT )

SOALAN 1 Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.  (7 markah) JAWAPAN         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Terdapat Teknik Plot yang telah digunakan oleh pengarang.            Antaranya ialah teknik imbas kembali. Contohnya, Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.            Akhir Sekali , teknik saspens. Contohnya unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas mer

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( BINAAN PLOT )

SOALAN 1 Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga binaan plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.  (8 markah) JAWAPAN         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Terdapat beberapa Binaan Plot yang telah digunakan oleh pengarang.            Antaranya ialah permulaan. Contohnya, Pengarang memgambarkan bahawa Farisha berada di lapangan terbang untuk pulang selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.            Selain itu, konflik . Contohnya P

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

SOALAN SEJARAH ESEI ( ZAMAN RENAISSANCE )

Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-kira abad ke-17.      style="display:inline-block;width:120px;height:240px"      data-ad-client="ca-pub-9725455656391565"      data-ad-slot="4939539871"> (a)      Jelaskan maksud Renaissance.                                                                                            [4 markah] No. Fakta dan Huraian 1 Berasal daripada perkataan Itali 2  Iaitu renisciment – kelahiran semula 3 Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan  dalam tamadun Yunani dan Rom 4 Mengembangkan semula kegemilangan tamadun Yunani dan Rom  yang malap pada Zaman Gelap (b)     Mengapakah zaman Renaissance bermula di Itali?                                                        [8 markah] No. Fakta dan Huraian F1 Kemunculan banda

SOALAN PERBANDINGAN NOVEL DISEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA ( NILAI KEGIGIHAN )

Novel Di Sebalik Dinara Dan Novel Silir Daksina a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan bagi setiap novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan dan Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Kedua-dua novel ini telah memaparkan nilai kegigihan bagi tatapan pembaca.              Nilai kegigihan yang terdapat dalam Novel Slir Daksina boleh diperlihatkan melalui kegigihan Tauke Lim rajin bekerja di tanah Abdullah Ka

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2017

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2017        Sebelum saya mulakan Blogging. Thanks Nantha sebab ingatkan pasal update recent activity kat blog. Ok, Kita teruskan dengan blogging.         Pada 25 Ogos 2017, telah berlangsungnya Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Dato Jaafar. Ini merupakan Jamuan Pengawas terakhir bagi saya setelah menakbur bakti dalam Lembaga Pengawas selama 5 Tahun.                 Pada mulanya, agak awal dirancang Jamuan Pengawas tahun ini iaitu selepas Percubaan SPM dan selalunya Jamuan diadakan pada Bulan Oktober tapi kali ini awal sikit memandangkan Jamuan Pengawas berselisihan dengan Graduasi. Tetapi tidak apa asalkan semua perancang pada  tahap yang terbaik. Hotel yang dipilih ialah Hotel Berjaya Waterfront Petamanya, Hotel agak mewah dan harganya amat berpatutan.                   Selaku Pengawas Tingkatan 5, kami dikecualikan daripada mengikuti persiapan Jamuan kerana memang mengikut giliran dan peluang pengawas Tingkatan 4 akan mengambil alih tug

SOALAN SEJARAH STRUKTUR ( CANDI )

SOALAN SPOT Sila teliti gambar dibawah.                                                                                                         Candi 1                                                                                                 Candi 2 a)       Nyatakan maksud monument. ( 2 Markah ) Monumen merupakan suatu binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batu yang dibina untuk memperingati orang ternama dan peristiwa penting. b)       Namakan monumen yang dinyatakan dalam gambar. ( 2 Markah ) Candi 1 :- Candi Borobudur Candi 2 :- Angkor Watt c)        Setiap sesuatu binaan pasti mempunyai makna disebalik pembinaannya. Mengapakah monument tersebut dibina ? ( 3 Markah ) Monumen tersebut dibina sebagai lambang orde kosmos, menyimpan abu jenazah raja, menyimpan patung dewa utama dan sebagai rumah ibadat. d)       Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah yang dapat dibanggakan. Cadangkan tiga langkah bagi pemeliharaan bangunan b

SOALAN SEJARAH ESEI ( TAMADUN HWANG HO )

SOALAN SPOT Sila baca teliti petikan dan gambar di bawah. Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Sungai Kuning. a)       Jelaskan proses pembentukan tamadun tersebut. ( 4 Markah ) Jawapan :- No Fakta dan Huraian Markah 1 Kesuburan Hwang Ho membawa kepada nomad tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan ini. 1 2 Tapak Banpo yang berdekatan dengan Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. 1 3 Penduduk menjalankan kegiatan pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu. 1 4 Bandar awal tamadun Hwang Ho merupakan Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang. 1 5 Semasa Dinasti Shang, berlakunya perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan Lembah Hwang Ho. 1 6 Semasa Dinasti