Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ESEI ( SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN )

SOALAN SPOT
Sila baca dan fahami petikan tersebut,
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Muhammad V atau nama sebenar baginda ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang merupakan Sultan bagi Negeri Kelantan. Baginda memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun apabila baginda dilantik secara rasminya melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
a)      Huraikan maksud Sistem Raja Berpelembagaan. ( KLON SPM 2010 )
( 4 Markah )
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Sistem pemerintahan yang masih mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
1
2
Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri
1
3
Hanya boleh bertindak berdasarkan pelembagaan dan nasihat Perdana Menteri
1
4
Kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda
1

b)      Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. ( KLON SPM 2010 )
( 12 Markah )
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Perlaksana dan Badan Kehakiman.
1
2
Berkuasa memanggil persidangan parlimen dan membubarkan parlimen.
1
3
Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
1
4
Berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman terhadap sesuatu kesalahan
yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
1
5
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu.
1
6
Boleh menitah Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan, kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan Raja-Raja Melayu.
1
7
Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
1
8
Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.

1
9
Mempunyai kuasa melantik dan melucut jawatan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

1
10
Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.
1
11
Berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang Suruhanjaya Pilihanraya,ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan awam.
1
12
Bertanggungjawab melantik Peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi
Persekutuan.
1
13
Mempunyai kuasa mentauliah duta-duta negara kita.
1

c)       Raja merupakan merupakan payung Negara.
Berkan pandangan anda.
( 4 Markah )
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Raja merupakan simbol rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
1
2
Raja merupakan lambang kekukuhan negara
1
3
Raja merupakan tonggak keutuhan negara
1
4
Warisan kegemilangan kerajaan melayu
1
5
Memelihara adat istiadat orang melayu dan menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
1


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse