Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ESEI ( TAMADUN HWANG HO )

SOALAN SPOT
Sila baca teliti petikan dan gambar di bawah.



Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Sungai Kuning.


a)      Jelaskan proses pembentukan tamadun tersebut. ( 4 Markah )
Jawapan :-
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Kesuburan Hwang Ho membawa kepada nomad tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan ini.
1
2
Tapak Banpo yang berdekatan dengan Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
1
3
Penduduk menjalankan kegiatan pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.
1
4
Bandar awal tamadun Hwang Ho merupakan Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
1
5
Semasa Dinasti Shang, berlakunya perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan Lembah Hwang Ho.
1
6
Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
1


Gambar tersebut merupakan aktiviti pertanian yang berlaku semasa Tamadun Hwang Ho.

b)      Apakah bukti bahawa tamadun tersebut maju dalam bidang pertanian? ( 8 Markah )
Jawapan:-
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Pembinaan terusan untuk mengairi tanaman
1
2
Teknologi pembajakan
1
3
Penciptaan cangkul
1
4
Penciptaan sabit
1
5
Penggunaan batas untuk penanaman
1
6
Alatan pertanian dibuat daripada besi
1
7
Kalendar untuk menentukan musim menanam
1
8
Penciptaan tenggala untuk membuat batas
1
9
Terusan dibina untuk mengelakkan banjir
Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu/kereta
1
10
kuda/kereta sorong beroda
1
11
Penyisir tanah
1
12
Sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
1
13
Kawasan bukit diteres untuk pertanian
1

c)       Jelaskan sifat yang dimiliki oleh penduduk tamadun Hwang Ho dalam usaha mereka membina tamadun yang hebat. ( 8 Markah )
No
Fakta dan Huraian
Markah
1
Kerajinan

Penduduk Tamadun Hwang Ho rajin dalam usaha membina tamadun yang hebat seperti berusaha untuk memajukan pertanian.
2
2
Inovasi

Penduduk Tamadun Hwang Ho sangat berinovasi dalam memperlbagaikan lebih banyak alatan yang digunakan dalam pertanian dan membina system pengairan.
2
3
Bijaksana

Penduduk Tamadun Hwang Ho bijak dan pandai dalam mencipta kalender untuk menentukan musim menanam.
2
4
Berdikari

Penduduk Tamadun Hwang Ho berusaha dengan gigih tanpa memerlukan bantuan daripada tamdun lain dalam memajukan pertanian di tamadun mereka.
2
5
Kreatif

Penduduk Tamadun Hwang Ho kreatif dalam mencipta Terusan untuk mengelak banjir dan mencipta Kolar kuda.
2

Ulasan

Catat Ulasan