Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 7, 2018

NOVEL SILIR DAKSINA ( WATAK YANG PALING ANDA SIMPATI )

SOALAN Dalam novel yang anda pelajari terdapat pelbagai watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Berdasarkan novel, w atak manakah yang anda paling simpati?   Jelaskan mengapa anda simpati terhadapnya berdasarkan novel yang anda pelajari. JAWAPAN Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan watak Haiqal, terdapat tiga sebab mengapa saya simpati dengan watak tersebut. Antara sebab saya berasa simpati terhadap watak Haiqal ialah kerana Haiqal dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa seorang ayah.  Sejak dari kecil Haiqal hidup tanpa menerima kasih sayang

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse