SOALAN
Dalam novel yang anda pelajari terdapat pelbagai watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Berdasarkan novel, watak manakah yang anda paling simpati? Jelaskan mengapa anda simpati terhadapnya berdasarkan novel yang anda pelajari.
JAWAPAN
Dalam novel yang anda pelajari terdapat pelbagai watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Berdasarkan novel, watak manakah yang anda paling simpati? Jelaskan mengapa anda simpati terhadapnya berdasarkan novel yang anda pelajari.
JAWAPAN
Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan watak Haiqal, terdapat tiga sebab mengapa saya simpati dengan watak tersebut.
Antara sebab saya berasa simpati terhadap watak Haiqal ialah kerana Haiqal dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa seorang ayah. Sejak dari kecil Haiqal hidup tanpa menerima kasih sayang seorang ayah. Bahkan, dia tidak mengetahui siapa ayahnya sehingga beliau menerima manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Haiqal tabah menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Umi tidak menyokong tindakan Haiqal.
Selain itu peristiwa dimana Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor. Pada mulanya, uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor. Haiqal berani dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminya. Peristiwa ini membuatkan saya berasa simpati terhadap Haiqal kerana ibunya tidak merestui perbuatannya untuk mencari ayah kandungnya bahkan Umi sendiri mengugut Haiqal.
Akhir Sekali, peristiwa dimana Haikal membaca manuskrip yang ditulis ayah kandungnya yang menunjukkan betapa beliau merindui Haiqal. Haiqal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan Umi dan ayahnya. Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada Umi. Peristiwa ini, membuatkan saya berasa simpati terhadap Haiqal kerana kerinduan yang amat mendalam seorang anak kepada ayah kandungnya. Haiqal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya
Ulasan
Catat Ulasan