Langkau ke kandungan utama

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1

Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2 huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut. (7 Markah)

JAWAPAN

   Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

   Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Silir Daksina, ialah peristiwa dimana Umi melihat persembahan tarian zapin. Haiqal bersedia untuk mempersembahkan tarian zapin dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah menyokong hasrat ahli keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza. Tambahan pula, peristiwa ini menunjukkan keunikkan kaum di Malaysia apabila See Hwa yang berbangsa Cina mengikuti Haiqal dalam membuat persembahan Zapin.


   Selain itu peristiwa dimana Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor. Pada mulanya, uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan keberanian Haiqal dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminya. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se