Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2019

F.A.Q JEJAK ASASI UNIMAS 2018/2019

-F.A.Q ABOUT MY LIFE IN ASASI UNIMAS- KOMPLEKS AKADEMIK PRA-UNIVERSITI Sejak lepas habis Asasi Batch 09 (2018/2019) , ada beberapa orang contact bertanyakan tentang asasi UNIMAS. Soalan yang ditanyakan pun rata-rata lebih kurang je. Norman tahu korang tertanya pasal kehidupan dan suasana di Asasi. Yes, sebagai lepasan Asasi Unimas. Saya rasa terpanggil nak jawab soalan kalian. So rasanya lebih baik norman kumpulkan dan jawab sekaligus. Senang sikit nak cerita. Ok Jom Mulakan. 1. Apa program yang ditawarkan di Asasi? Di Asasi UNIMAS ada dua program yang ditawarkan iaitu Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal 2. Apa beza Sains Hayat dan Sains Fizikal? Sains Hayat akan belajar subjek Biologi dan tak perlu belajar subjek Fizik, Sains Fizikal sebaliknya. 3. Ada elaun tak? Ada. RM1250 untuk setiap semester ( Bagi yang pelajar dari isi rumah berpendapatan RM 10000 kebawah ). Tapi Lepas kena tolak dengan yuran dan sebagainya. Korang takkan dpt RM 1250 lah.