Langkau ke kandungan utama

F.A.Q JEJAK ASASI UNIMAS 2018/2019

-F.A.Q ABOUT MY LIFE IN ASASI UNIMAS-


KOMPLEKS AKADEMIK PRA-UNIVERSITI
Sejak lepas habis Asasi Batch 09 (2018/2019), ada beberapa orang contact bertanyakan tentang asasi UNIMAS. Soalan yang ditanyakan pun rata-rata lebih kurang je. Norman tahu korang tertanya pasal kehidupan dan suasana di Asasi. Yes, sebagai lepasan Asasi Unimas. Saya rasa terpanggil nak jawab soalan kalian. So rasanya lebih baik norman kumpulkan dan jawab sekaligus. Senang sikit nak cerita. Ok Jom Mulakan.

1. Apa program yang ditawarkan di Asasi?

Di Asasi UNIMAS ada dua program yang ditawarkan iaitu Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal

2. Apa beza Sains Hayat dan Sains Fizikal?

Sains Hayat akan belajar subjek Biologi dan tak perlu belajar subjek Fizik, Sains Fizikal sebaliknya.

3. Ada elaun tak?

Ada. RM1250 untuk setiap semester ( Bagi yang pelajar dari isi rumah berpendapatan RM 10000 kebawah ). Tapi Lepas kena tolak dengan yuran dan sebagainya. Korang takkan dpt RM 1250 lah. Macam time saya dulu semester 1 dpt Rm 700 dan semester 2 dapat Rm 1100 

4. Tiket flight akan ditanggung?

Tak. Cuma akan diberi elaun kapal terbang untuk sekali sepanjang pengajian sebanyak RM700 (Semenanjung), RM500 (Sabah) dan RM450 (Labuan).

5. Ada cuti tak?

Yes, Cuti memang ada. Cuti Pertengahan Semester ( 1 Minggu ) dan Cuti Akhir Semester ( 3 Minggu ). Jadual cuti akan diberikan masa daftar. Takwin setahun akan diberikan nanti.

6.  Lepasan Asasi UNIMAS, wajib sambung degree kat UNIMAS ke?

Ya. Automatically macam tu. Korang tak perlu isi UPU. Korang just isi dalam web Unimas punya. Kalau x silap ade 11 pilihan course yang korang boleh apply.

7. Boleh Apply Selain Unimas kah, untuk program degree?

Boleh. Tapi selalunya kena apply Universiti Swasta.

8.   Apa je fakulti yang ada dekat UNIMAS ni?

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Fakulti Sains Sosial
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Fakulti Sains dan Kesihatan

9. Penginapan Bagi Pelajar Asasi?

Pelajar Asasi akan ditempatkan di Kolej Seroja ( Perempuan) dan Kolej Rafflesia (Lelaki). Jalan kaki je pergi kelas bagi perempuan dan lelaki pakai bas. Selalunya ade jadual bas dia.  Sebab boleh tahan jauh juga kalau nak jalan kaki. Pakai Grab lebih kurang RM 5 itupun kalau nak jimat bawa geng.

10. Persekitaran tempat belajar?

Selesa, mendamaikan. Macam resort. Hahaha bolehlah

11. Lecturer okay?

Best gilaa

12.  Antara Asasi dengan Matrik mana lebih baik?

Norman tak pernah masuk Matrikulasi. Tapi Asasi ni seolah-olah kita dah selangkah ke alam Universiti. Dan selalunya pelajar Asasi akan diberi keutamaan. Kalau Matrikulasi kamu kena apply UPU dan fight2 dengan budak STPM kalau nak masuk Universiti. Kalau budak asasi, selalunya diutamakan masuk Universiti sebab mereka diberikan kouta dan tempat ( asalkan pointer 2.00 keatas kalau nak masuk program ijazah dan ada program ijazah yang mempunyai syarat tertentu iaitu pointer lebih 3.00, temuduga dan muet band 4 keatas ). So Kesimpulannya, Asasi Better. Sorry

13.   Untuk kos Medic, berapa kuota pelajar yang akan diambil oleh pihak university?

Selalunya 60 orang dari asasi.
P/S: Belajar rajin2 kalau nak medic. Anda mampu melakukannya. Pastikan keputusan Semester 1 anda skor. Sebab temuduga diorang pakai keputusan Semester 1

14.   Abang kos apa?

Asasi - Sains Hayat, Degree - Doktor Perubatan

15.   Kalau dapat UNIMAS, mana nak beli barang keperluan?

Tak perlu bawa dari semenanjung. Dekat area UNIMAS tu banyak kedai. Mall pun banyak. Contoh: Aiman Mall, Summer Mall Dan Sebagainya

16.   Boleh ke nak apply kos degree yang takde kaitan dengan sains?

Boleh je. Nanti kita akan diberi pilihan untuk pilih kos. Tapi selalunya tempat terhad. 

17.   Jadual Asasi pack tak?

Boleh tahan. 8:15 pagi sehingga-5 petang jugak. Tapi bukan setiap hari macam tu. Sebab Lab Pun dua minggu sekali. ( Bagi Kimia )

18.   Pemakaian?

Formal dan semi formal ( Asalkan Tidak menjolok Mata )

19. Abang rasa best tak Asasi UNIMAS?

Bolehlah. Mana2 belajar pun best. Asalkan Niat Itu Ada.


*********************************************

Kata-kata akhir,

Kalau rasa macam keliru atau buntu sangat. Buatlah doa maka anda akan lebih yakin untuk buat keputusan. Nah, ni cerita asasi. Bagi yang ada soalan boleh ws ke nombor saya 0135159051-  Norman


Gomawo

LETAKKAN SOALAN ANDA DALAM KOMEN DAN ATAU EMAILKAN KEPADA normanalbert4@gmail.com



Ulasan

  1. Kalau ada apa2 soalan jangan segan untuk ws no.tel saya. Thanks

    BalasPadam
  2. hi sya nk tnya sya dpt result spm 5A 3B 1C dan C tu kimia. Sya nk smbung medic tpi tk layak sbab gred c kimia. Jadi sya nk tnya bolehke sya ulang som bgi subjek kimia dan slip spm ulangan tu sya guna untuk apply medic nnti? adakah gabungan slip spm dulu dan spm ulangan kimia diterima untuk memohon degree medic?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Berikut merupakan syarat kemasukan ke program Doktor Perubatan:

      SYARAT 1 (Syarat A + Syarat B)

      Syarat A

      i) SPM - minimum gred 5B dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik @ Matematik Tambahan serta 1 tambhan subjek lain.

      Syarat B

      1) STPM aliran sains - skurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)


      2) A-Levels - sekurangnya gred BBB, ABC @ AAC (Bio, Kimia, Fizik @ Math)


      3) Foundation Sains / Matrikulasi - Bio, Kimia, Fizik @ Math sekurang CGPA 3.00.

      Syarat yang dinyatakan kemungkinan boleh berubah mengikut ketetapan oleh pihak berkaitan yakni Malaysian Medical Council (MMC).

      Padam
    2. Boleh Ulang SPM untuk subjek Kimia bagi naikkan Gred tidak masalah.

      Padam
  3. Abang , saya lepasan SPM. kalau kita dah terima tawaran lain , contoh seperti dah terima dari IPG, permohonan untuk ke UPU (unimas etc) terbatalkah ataupun tidak? Btw, terima kasih atas info abang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse