Langkau ke kandungan utama

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PENGAJARAN )

Novel Di Sebalik Dinara

a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel.

          Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.

         Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah kita haruslah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.

          Selain itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya  sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.

            Akhir Sekali, kita haruslah  tabah dalam menjalani kehidupan. Contohnya, Farisha tidak pernah menyalahkan takdir dirinya dilahirkan daripada hasil hubungan terlarang antara Karl dan Medina. Farisha sabar dalam mengharungi kehidupannya sebagai anak angkat dalam keluarga Azraai. Dia tidak berdendam dengan ayahnya, Karl yang menggunakan tubuhnya sebagai bahan uju kaji.


( JAWAPAN CADANGAN )

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse