Langkau ke kandungan utama

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERSOALAN )

  Novel Di Sebalik Dinara

a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan persoalan dengan contoh yang sesuai.
       
         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga persoalan utama.

         Antara persoalan yang terdapat dalam novel  ialah persoalan mengenai kebijaksanaan dan kepintaran  dalam penggodaman IT. Contohnya ,Farisha diminta oleh Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya  pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Kebijaksanaan Farisha berpunca daripada cip dan implan yang telah dimasukkan oleh Karl kedalam tubuhnya,

          Selain itu, persoalan mengenai sikap taksub akan sains sehingga melupai unsur kemanusiaan. Contohnya, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila.

            Akhir Sekali, persoalan megenai masyarakat yang penyayang. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.


( JAWAPAN CADANGAN )

Ulasan