(b) Watak sampingan berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak sampingan yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )
Ong See Hwa
Novel yang saya pelajari ialah Novel SIlir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak sampingan iaitu Ong See Hwa yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.
Antara perwatakan Ong See Hwa yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah seorang yang amanah. Contohnya, Ong See Hwa menyerahkan manuskrip yang diamanahkan oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal Hakimi. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-bainya.
Selain itu, seorang yang rajin. Contohnya, Ong See hwa mengemas perpustakaan di balai raya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa rajin dan bersungguh-sungguh menyempurnakan sesuatu perkara tanpa balasan.
Akhir sekali, seorang yang meminati kebudayaan Melayu. Contohnya, Ong See Hwa mempelajari tarian Zapin dan mempersembahkannya bersama-sama Haiqal Hakimi. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa berbangga dengan seni budaya negara.
Ulasan
Catat Ulasan