SOALAN SPOT
Sila baca dan fahami petikan tersebut.
Pada tanggal 628.M
bersamaan 6 H, Perjanjian Hudaibiyah telah termenterai antara orang Islam
Madinah dengan orang Quraisy Makkah di Hudaibiyah.
a) Jelaskan
Peristiwa penting yang membawa kepada termenterainya Perjanjian Hudaibiyah ?
( 4 Markah )
Jawapan :-
No
|
Fakta
dan Huraian
|
Markah
|
1
|
Pada tahun 628M, rombongan orang Islam Madinah ke
Makkah untuk mengerjakan umrah
|
1
|
2
|
Rombongan orang Islam disekat di Hudaibiyah
|
1
|
3
|
Orang Islam
menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan kedatangan
|
1
|
4
|
Orang Islam bersumpah
setia/"Baiah al-Ridwan" untuk membela kematian Uthman bin Affan
|
1
|
5
|
Orang Arab Quraisy
menghantar Suhail bin Amru untuk berunding
|
1
|
6
|
Maka, termeterailah
Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Quraisy
|
1
|
b) Nyatakan
Isi kandungan yang terdapat dalam Perjanjian Hudaibiyah.
( 4 Markah )
Jawapan :-
No
|
Fakta dan Huraian
|
Markah
|
1
|
Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama
10 tahun.
|
1
|
2
|
Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada
orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
|
1
|
3
|
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa
kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
|
1
|
4
|
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa
kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
|
1
|
5
|
Umat Islam
hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 hijrah). (ms 132
|
1
|
c) Perjanjian Hudaibiyah telah membawa suatu
peristiwa yang amat penting bagi perkembangan sejarah Islam.
Berikan pandangan
anda.
( 6 Markah )
Jawapan :-
No
|
Fakta dan Huraian
|
Markah
|
1
|
Peluang Menunaikan Ibadat Haji :
Orang Islam
berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini
telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan
melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.
|
2
|
2
|
Dakwah Islam Semakin Tersebar :
Nabi Muhammad
s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung
Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah.
|
2
|
3
|
Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy :
Pengislaman
tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.
|
2
|
4
|
Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi :
Melambangkan
ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi.
Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan
dan berfikir 10 langkah ke hadapan.
|
2
|
5
|
Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh :
Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy
mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
|
2
|
d) Perjanjian
Hudaibiyah dianggap menguntungkan bagi pihak Arab Quraisy menurut pandangan
para sahabat Nabi Muhammad. S.A.W.
Berikan hujah
anda.
( 6 Markah )
Jawapan :-
No
|
Fakta dan Huraian
|
Markah
|
1
|
Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama
10 tahun.
Hal ini tidak diperlukan oleh Orang Islam Madinah,
kerana Orang Arab Quraisy sebenarnya dalam kedudukan lemah akibat daripada kekalahan teruk dalam Perang Khandak.
Kemahuan mereka berunding dengan Orang Islam Madinah juga menunjukkan
kelemahan kedudukan mereka. Berita palsu tentang kematian wakil Orang Islam
Madinah juga dikhuatiri oleh Orang Arab Quraisy andainya Orang Islam Madinah
bangkit menuntut bela kematiannya. Bagi mengatasi masalah tersebut, Orang
Arab Quraisy telah membawa Orang Islam Madinah ke meja perundingan. Kalau
kuat, mereka pastilah langsung menyerang Orang Islam Madinah yang hendak
datang ke Mekah.
|
2
|
2
|
Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada
orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
Hal ini akan menyebabkan pepecahan yang berlaku
antara Kabliah Arab kerana mereka tidak mampu mencapai kesepakatan.
|
2
|
3
|
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa
kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
Jika penduduk Madinah yang pergi ke Mekah tidak dibenarkan
untuk kembali ke Madinah, tentu warga Madinah akan berkurang.
|
2
|
4
|
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa
kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
Jika penduduk Mekah tidak boleh menyeberang ke
Madinah, jelas jumlah kaum Muslimin tidak akan bertambah, sedangkan kaum
Quraisy tidak akan berkurang.
|
2
|
5
|
Umat Islam
hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.
Kaum Muslimin yang sudah menempuh perjalanan jauh ke
Mekah, namun kini harus pulang tanpa dapat menunaikan haji. Tahun berikutnya
pun, mereka hanya boleh tiga hari di Mekah, tentu tak cukup untuk menunaikan
haji.
|
2
|
Perjanjian hudaibiyah dianggap sebagai peristiwa yang amat penting kepada perkembangan islam.jelaskan pernyataan tersebut
BalasPadamMengapakah perjanjian Hudaibiyah ini menggambarkan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w?
BalasPadamKerana Rasulullah tidak bertindak secara terburu – buru, malah melihatnya secara menyeluruh,
Padamterperinci dan berwawasan. Selain itu, melambangkan ketokohan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi. ;)
Kejayaan pembukaan kota mekah talah memberi manfaat kepada kehidupan umat islam sejagat. Berikan hujah anda.
BalasPadamApakah yang akan berlaku seandainya Perjanjian Hudaibiyah tidak ditandatangani?
BalasPadamApakah yang akan berlaku seandainya Perjanjian Hudaibiyah tidak ditandatangani?
BalasPadamKandungan perjanjian hudaibiyag telah memihak kepada kaum Musyrikin Makkah, berikan hujah
BalasPadamMENGAPA RASULULLAH SAW MENERIMA ISI PERJANJIAN HUDAIBIAH WALAUPUN IANYA KELIHATAN BERAT SEBELAH DAN MENYEBELAHI PUAK MUSYRIKIN QURAISY.
BalasPadamPeristiwa perjanjian Hudaibiyah memberikan banyak iktibar. Beri pandangan anda?
BalasPadamApa berlaku kepada saidina uthman bin affan selepas dia ditangkap oleh musyrikin mekah selepas perjanjian Hudaibiyyah?.. Adakah dia tetap berada dalam tahanan musyrikin mekah?
BalasPadam