Langkau ke kandungan utama

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( BINAAN PLOT )

SOALAN 1

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga binaan plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.  (8 markah)

JAWAPAN

        Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Terdapat beberapa Binaan Plot yang telah digunakan oleh pengarang.

           Antaranya ialah permulaan. Contohnya, Pengarang memgambarkan bahawa Farisha berada di lapangan terbang untuk pulang selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.

           Selain itu, konflik . Contohnya Pengarang menegaskan bahawa Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

           Akhir sekali, peleraian. Contohnya, Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.


By : Norman SMK DATO JAAFAR

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik ke...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjala...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PENGAJARAN )

Novel Di Sebalik Dinara a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.          Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah kita haruslah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.           Selain itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah . Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapa...