KERTAS 2
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2
(b) : Drama ( Bukan Gila )
1. SINOPSIS
Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad
sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan
kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar
tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian,
Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir
tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa
beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu
berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan
tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak
Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain
tetapi berbuat lain.
Ani muncul
semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir
dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa
cinta Ani masih bersifat luaran.
Setelah
itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan
Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari
wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama
yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa
pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya
tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu
Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang
berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu
pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir
juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa
tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan
kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan
bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian,
Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan
bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi
akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap
dengan kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar
Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu,
keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di
universiti. Arif menasihati ibu bapa
Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa
Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan
penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang
menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa
Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Di wad
pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya
dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah
dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang
kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada
penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa
dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
2. PERWATAKAN
AZMIR
1. Azmir
merupakan watak utama drama.
2. Dia seorang
anak muda .
3. Azmir
menghidap penyakit barah otak.
4. Dia
dikatakan telah mengalami sakit jiwa.
5. Azmir
menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar.
ARIF
1. Dia
merupakan pengarah drama Sasau.
2. Arif
prihatin terhadap keadaan Azmir.
3. Arif telah
menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
4. Dia seorang
yang berjiwa besar,iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunnya membikin drama Sasau.
DOKTOR RAZI
1. Beliau
merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.
2. Doktor Razi
tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
3. Doktor Razi
bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar.
IBU AZMIR
1. Beliau
telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
2. Beliau
tidak mampu mengurus Azmir.
3. Ibu yang
tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
4. Ibu yang
berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.
3. NILAI
1. Nilai keprihatinan.
Contohnya, Arif prihatin akan kesakitan dan
penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir
tidak gila.
2. Nilai kesetiaan.
Contohnya,
Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun
hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
3. Nilai baik hati.
Contohnya,
doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa
Azmir ke wad pesakit jiwa semula.
4. Nilai
menghargai.
Contohnya,
Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang demi kesejahteraan hidup orang lain.
5. Nilai kasih sayang.
Contohnya,
bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa.
4. PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu
mereka.
Contohnya,
Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera
melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
2. Kita
hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuata
khianat.
Contohnya,
Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani beranggapan bahawa Azmir gila.
3. Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang
lain.
Contohnya,
doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
4. Kita
hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa dipinggirkan.
Contohnya,
Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada
kesejahteraan hidup.
5. Kita
haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak. Contohnya,
bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.
Soalan 2
(c) : Prosa Tradisional ( Burung Dipipiskan Lada )
1. SINOPSIS
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan
tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil
berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti)
kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar
hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda
mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan
orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka
berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera
Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan
diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan
memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil
Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan
memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran
Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri
Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja
dan sebahagian berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham
dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan
bercadang mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak
bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan
dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan
tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi
Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di
wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah
Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja
mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah
mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu
Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam
hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok
kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan
seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar
Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan
tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan
hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan
anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan
perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar
memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)
iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya
mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan
berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan
Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan
digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27
tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara
Diraja.
2. TEMA
- Kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang
membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan
bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
3. PERSOALAN
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya,
Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan
negara - Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka
Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan
askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi
Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya
dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak
tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya
sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan
melantiknya sebagai perdana menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka
setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka
sebuah negeri yang kuat dan maju.
4. WATAK DAN PERWATAKAN
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri
ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan
sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang
hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya
ketika bersengkita dengan Seri Nara diraja.
2. Sultan Muzaffar
Syah:
- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian
hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan
Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun
Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang
sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada
Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
5. LATAR
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di
Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk
menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi
bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka
sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah
Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak
dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat
kuat.
6. NILAI
1. Kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar
bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang
ramai dan menakutkan askar Siam.
2. Baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang
menang peperangan dengan sepasang persalinan.
3. Bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu
untuk mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka
Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu
dan kuat.
5. Keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang
ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui
kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun
Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
7. PENGAJARAN
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi
negara. Contohnya ............
2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat
kemenangan. Contohnya...........
3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan.
Contohnya ..............
4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan.
Contohnya, Sultan Muzaffar...........
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan
maju. Contohnya, ...............
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah
dilakukan oleh orang lain kepada kita. Contohnya, Sultan Muzaffar
..................................
Soalan 2
(d) : Sajak ( Sejadah Rindu )
SAJAK –
SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)
1.
MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil
membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia
yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula
terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat akan
dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.
RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur
kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang
Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad
kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar
Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan
oleh-Nya.
RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis
mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam
kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa
insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam
sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas
segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum
ini.
RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya
terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab
itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama
digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan
yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya
yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.
RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi
manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan
mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia
tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu
sahaja.
2.
TEMA DAN
PERSOALAN
Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada
agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika
mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia
berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.
3.
Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.
4.
GAYA BAHASA
(a) Metafora
Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
5.
NILAI MURNI
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian
6.
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke
jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini
kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam
tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat
dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan
ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa
keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan
Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar
tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam
kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua
SOALAN SPOT
1. Berikan maksud dunia ini hanya bersifat
sementara.
•dunia ini tidak kekal
2. Berikan
maksud sebelum saat aku dinisankan.
•sebelum penyajak meninggal dunia
3. Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan
penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
•berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat
sementara.
4. Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas,
nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf.
•penyajak menitiskan air mata/penyajak benar benar ikhlas
untuk bertaubat
5. Apakah maksud rangkai kata saat aku
dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?
•ketika penyajak meninggal dunia
6. Pada pendapat anda,apakah perkara perkara
yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini?
Nyatakan tiga perkara itu. ( KBAT )
•keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup
•keikhlasan dalam memohon keampunan tuhan
•kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara
7. Sebagai seorang pelajar,apakah usaha yang
perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada
kesalahannya? ( KBAT )
•memberikan kata kata semangat dan dorongan
•untuk mendapatkan khidmat nasihat
•melupakan segala kesilapan yang lalu dan dibuat olehnya
8. Pada pendapat anda,mengapakah masyarakat
sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? ( KBAT )
•masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar benar
insaf
•masyarakat untuk memandang serong terhadap mereka
9. Pada pendapat anda,apakah sebab sebab
seseorang perlu bertaubat daripada dosa dosanya yang lalu? ( KBAT )
•supaya mendapt keampunan daripada tuhan sebelum meninggal
dunia
•agar seseorang itu tidak melupai taubatan daripada dosa
dosanya yang lalu
10. Pada pendapat anda,selain memohon ampun
kepada tuhan,apakan cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa
kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? ( KBAT )
•berazam tidak mengulangi kesilapan tersebut
•sentiasa mencontohi orang yang baik seperti ritaz dan guru
11. Pada pendapat anda, mengapakah manusia
sering lupa dan mengabaikan perintah tuhan? ( KBAT )
•terleka dengan kemewahan dunia
•tidak tetap dalam mengamalkan ajaran dan perintah tuhan
12. Pada pendapat anda,mengapakah seseorang
yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada tuhan? Nyatakan
tiga sebab anda.
•segala dosa dan kesalahan diampun oleh tuhan
•agar tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di dalam
mahkamah
13. Terdapat
segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu
kembali semual melakukan kesilapan tersebut. Pada pendapat anda,mengapakah
keadaan sedemikian berlaku? ( KBAT )
•terpengaruh dengan rakan rakan
•kurang bimbingan daripada pihak lain
14. Nyatakan Dua Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.
15. Nyatakan Dua Nilai
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian
16. Nyatakan
Dua Pengajaran
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri
dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya
kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan
rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama
dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri
dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan
daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan
tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala
cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua
17. Nyatakan
Dua Gaya Bahasa
(a) Metafora
Cth: - Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Cth: - Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Cth : - Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope
Cth : - Buktinya, mengenang dosaku yang
terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi
Cth : - Buktinya, izinkan aku menjadi
manusia
agar aku tidak lupa
Soalan 4 : Novel
Novel Salir Daksina
(a) Watak Utama berperanan penting dalam
sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak
utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )
Haiqal
Hakimi
Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman
yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan
Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi
terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam
telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki
warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa.
Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang
boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.
Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam
kehidupan ialah seorang yang baik hati.
Contohnya, Haikal mengajak pemandu teksi yang menghantarnya minum di Warung Wak
Sakimin. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa membalas jasa dan
pengorbanan orang lain dengan menghargai serta menghormati mereka.
Selain itu, seorang yang
penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya kandungnya.
Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan
sayang yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa
memberikan perasaan sayang yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan
kekeluargaan menjadi lebih utuh.
Akhir sekali, seorang yang prihatin. Contohnya,
Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih kerana mendapat tidak mendapat
keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal cuba untuk menenangkan
hati Ratna yang sedih. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa prihatin
terhadap hal sekeliling dan meletakkan perhatian atas permasalah yang dihadapi
oleh orang lain.
(b) Watak sampingan berperanan penting dalam
sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak
utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )
Tauke
Lim
Novel yang saya pelajari ialah
Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan
yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada
penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan
Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan
meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah
menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan perwatakan
watak sampingan iaitu Tauke Lim yang boleh dijadikan contoh
dalam kehidupan.
Antara perwatakan Tauke Lim yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan
ialah seorang yang pemurah.
Contohnya, Tauke Lim selalu menyumbangkan barangan makanan apabila orang0orang
kampung membuat satu program. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bermurah
hati kepada semua orang dan sentiasa berkongsi dalam segala hal.
Selain itu, seorang yang amanah.
Contohnya, Tauke Lim menyerahkan segala harta yang diamanahkan oleh Abdullah
Kayan kepada Haqial Hakimi seperti buku bank dan segala urusan tanah pertanian.
Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bertanggungjawab atas tugas yang
telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-baiknya.
Akhir sekali, seorang yang rajin dan gigih berusaha.
Contohnya, Tauke Lim rajin bekerja di tanah Abdullah Kayan dan membeli hasil
pertanian orang kampung sehingga mampu membeli sebidang tanah untuk tapak
rumahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
untuk memperoleh kejayaan.
Ong
See Hwa
Novel yang saya pelajari ialah
Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan
yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada
penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan
Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan
meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah
menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan perwatakan
watak sampingan iaitu Ong See Hwa yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.
Antara perwatakan Ong See Hwa yang
boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah seorang yang amanah. Contohnya, Ong See Hwa menyerahkan manuskrip
yang diamanahkan oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal Hakimi. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bertanggungjawab
atas tugas yang telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-bainya.
Selain itu, seorang yang rajin.
Contohnya, Ong See hwa mengemas perpustakaan di balai raya tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa rajin dan
bersungguh-sungguh menyempurnakan sesuatu perkara tanpa balasan.
Akhir sekali, seorang yang meminati kebudayaan Melayu.
Contohnya, Ong See Hwa mempelajari tarian Zapin dan mempersembahkannya
bersama-sama Haiqal Hakimi. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa berbangga
dengan seni budaya negara.
(c) Berdasarkan novel yang anda pelajari,
huraikan kepincangan masyarakat ( kritikan sosial ) untuk dijadikan panduan
kepada pembaca.
Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman
yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan
Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi
terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam
telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki
warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa.
Novel ini telah memaparkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Antara kepincangan masyarakat ialah
penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga telah menyebabkan seseorang
anak tidak mendapat kasih sayang daripada ayah atau ibu. Contohnya, Abdullah
Kayan berpisah dengan Isterinya,Rafiqah. Rafiqah melarang Haiqal berhubung
dengan ayahnya menyebabkan Haiqal tidak mendapat kasih sayang ayahnya.
Selain itu, keburukkan judi dalam
masyarakat. Contohnya, Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama
keluarganya keranan harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh abangnya yang
gila judi untuk membayar pinjaman daripada ceti haram.
Akhir sekali, sikap mementingkan diri
sendiri. Contohnya, Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal
untuk mengenali ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya yang meninggal dunia.
Haiqal hanya mengenali ayah kandungnya melalui manuskrip yang dikirimkan oleh
Ong See hwa setelah 7 tahun ayahnya meninggal dunia.
Disediakan Oleh: Norman SMK DATO JAAFAR
Disediakan Oleh: Norman SMK DATO JAAFAR
Ulasan
Catat Ulasan