Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ( PENGARUH ISLAM DALAM PENDIDIKAN DI ASIA TENGGARA )

Pendidikan tidak formal merupakan aspek sosial yang sangat penting dalam masyarakat Melayu dan masih diamalkan hingga ke hari ini.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional ?

·         Pendidikan awal atau asuhan keluarga.
·         Berlaku di peringkat institusi keluarga.
·         Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
·         Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.        
 [2 markah]

(b) Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.

·         Nilai-nilai moral
·         Kemahiran pekerjaan
·         Hal-hal yang berhubung dengan agama
·         Nilai-nilai budaya yang murni
·         Pantang larang
·         Adat istiadat
 [2 markah]

 (c)   Mengapakah aspek tersebut sangat dtekankan dalam pendidikan tidak formal ?

·         Melahirkan masyarakat yang mematuhi ajaran agama
·         Menanam sifat murni dalam kalangan masyarakat
·         Memupuk perpaduan dalam masyarakat
·         Menyemai semangat kekitaan dalam masyarakat
·         Melahirkan masyarakat yang mematuhi norma masyarakat
·         Menghormati budaya Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?

·         Disampaikan melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
·         Disampaiakn melalui teguran secara langsung
·         Mengajar nilai-nilai moral.
·         Disampaikan melalui kaedah bercerita
·         Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
·         Disampaikan melalui pergaulan sosial
·         Disampaikan dalam pantang larang, adab dan adat istiadat.
·         Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan seiring dengan pendidikan formal ?

·         Supaya melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani
·         Agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
·         Supaya nilai-nilai masyarakat dapat dipertahankan
·         Agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing
·         Supaya masyarakat dapat menilai antara unsur baik dan buruk
·         Melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama
·         Agar dapat melahirkan insan yang berfikir di luar kotak
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

Rajah di bawah merujuk kepada sistem pendidikan formal yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.



Sistem Pendidikan Formal
·         Pengajian di istana
·         Pengajian di masjid dan surau
·         Sistem pondok
·         Sistem madrasah

(a) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat  Melayu tradisional ?  ?

·         Pusat pengajian agama.
·         Tempat ulama berbincang hal agama.
·         Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
·         Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
·         Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.
 [2 markah]

(b) Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?

·         Pada sebelah siang, masjid tempat kanak-kanak mengaji.
·         Kanak-kanak mengaji al-Quran, ilmu fikah, dan fardu ain.
·         Sebelah malam, masjid tempat orang dewasa mengaji.
·         Orang dewasa juga belajar perkara berkaitan keagamaan
·         tetapi tahapnya lebih tinggi daripada tahap kanak-kanak.
·         Mereka mengaji ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf
 [2 markah]

(c) Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.

·         Menekankan ilmu agama.
·         Bertujuan melahirkan guru agama.
·         Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.
·         Tidak mempunyai batasan waktu.
·         Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
 [2 markah]

(d) Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam

·         Pondok Pulai Chondong
– diasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
·         Pondok Kutan
– dibuka oleh Haji Mohamad bin Salleh
·         Pondok Pulau Manis
– dibuka oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
·         Pondok Titi Gajah
– dibuka oleh Haji Muhamad Taib
·         Pondok Langgar
– dibuka oleh Haji Muhamad Nor
 [2 markah]

(e) Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional yang paling sistematik ?

·         Menggunakan sukatan pelajaran.
·         Dijalankan secara kelas.
·         Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
·         Diawasi oleh mudir (guru besar)
·         Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
·         Mana-mana jawapan munasabah

 [2 markah]

Ulasan

  1. apakah perbezaan antara pondok ii tersebut?

    BalasPadam
  2. Adakah sistem pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional berkesan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkesan, kerana ia menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang perlu dalam diri setiap orang. Jika pendidikan tidak formal yang patut diajar di rumah tidak dilaksanakan, akan lahirnya generasi yang tidak berilmu dan tidak berakhlak mulia. Di sini lahirlah pelbagai masalah sosial seperti vandalisme, merompak, buang bayi dan sebagainya. Kebanyakan kes sebegini berlaku kerana ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak mengabaikan anak-anak mereka.

      Padam
  3. Senaraikan tiga ciri pendidikan madrasah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.Mempunyai sukatan pelajar
      2.Dilaksanakan secara kelas
      3.Diselia oleh jawatankuasa kewangan
      (ada dalam buku teks form3 bab 1 ms 9)

      Padam
  4. bagaimana pendidikan tidak formal berlaku dalam masyarakat Melayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.Disampaikan melalui pendengaran , penglihatan dan pemerhatian.
      2.Mengajar nilai - nilai moral.
      3.Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
      (search dalam google nanti banyak keluar)

      Padam
  5. Mengapakah pendidikan formal berfokus kepada pengajaran agama?

    BalasPadam
  6. mengapakah aspek pendidikan diberi perhatian oleh pentadbiran negara kota?

    BalasPadam
  7. Apakah kesan jika pendidikan tidak formal kurang diberi perhatian oleh masyarakat?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse