Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ( PIAGAM MADINAH )

PIAGAM MADINAH

(a ) Apakah maksud Piagam Madinah ?

·         Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w Perlembagaan yang berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Perlembagaan yang mengandungi peraturan serta tanggungjawab ketua negara dan rakyat
·         Perjanjian antara ketua negara dan rakyatnya
·         Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam

(b ) Nyatakan kandungan Piagam Madinah dari segi:

(i)   Politik

·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
·         Baginda berperanan sebagai ketua hakim
·         Baginda menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah
·         Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar

(ii)  Ekonomi

·         Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi sama rata
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan
·         Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan negara

(ii)  Sosial

·         Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
·         Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
·         Masyarakat Madinah bebas beragama
·         Adat  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan

(c) Berikan dua hak orang Yahudi yang diiktiraf dalam Piagam Madinah ?

·         Diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Dibenarkan tinggal di Madinah
·         Bebas mengamalkan agama mereka
·         Bebas mengamalkan cara hidup mereka
·         Tidak boleh menimbulkan huru-hara
·         Kedudukan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah
·         Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah


(d)  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menggubal Piagam Madinah ?

·         Memberi hak kepada semua anggota masyarakat
·         Berpandangan jauh dalam merangka perlembagaan
·         Menjamin keselamatan semua rakyat
·         Adil dalam menjalankan dasar ekonomi
·         Mengiktiraf kebebasan beragama
·         Menghalang penipuan dan riba dalam masyarakat
·         Memupuk semangat berkerjasama
·         Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
·         Mana-mana jawapan munasabah


(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah ciri masyarakat Madinah yang boleh diamalkan bagi merealisasikan  semangat 1Malaysia?

Masyarakat yang bersatu padu
Masyarakat hidup aman dan harmoni
Masyarakat mendapat keadilan sosial
Masyarakat memperoleh persamaan hak
Masyarakat mempunyai persamaan taraf .
Masyarakat menjalani kehidupan yang sistematik
Semua bangsa harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Masyarakat mempraktikkan ekonomi Islam
Masyarakat mementingkan keadilan
Masyarakat yang telus
Masyarakat yang bebas daripada amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
Masyarakat yang bertimbang rasa dan bersedekah
Masyarakat memiliki ekonomi yang mantap
·         Masyarakat menjunjung perlembagaan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah

(c)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah ciri Piagam Madinah yang sesuai dilaksanakan di negara Malaysia ?

·         Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
·         Wajib mempertahankan negara daripada ancaman luar.
·         Peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
·         Semua masyarakat bekerjasama memajukan negara.
·         Semua kaum dianggap sebagai satu ummah.
·         Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
·         Bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat yang  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.

Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.

Fasal - Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal berkaitan orang Islam dan 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam.

Pemimpin - Nabi Muhammad sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah.
Hakim - Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
Agama - Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
Hormat - Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
Ummah - Masyarakat Madinah merupakan satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama
 terhadap negara.
Bermusuhan - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Undang-Undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kabilah boleh diamalkan
selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
Riba - Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.
Pertahanan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

Yahudi - Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse