Ciri-Ciri Kerajaan
agraria:
F1 - pertanian
F2 - lembah sungai & kawasan pedalaman
F3 - padi sawah & padi bukit
F4 - hasil hutan & menternak binatang
Ciri-Ciri Kerajaan
maritim:
F5 - perdagangan & kelautan
F6 - pesisiran pantai, lembah sungai & kepulauan
F7 - kedudukan strategik
F8 - pelabuhan pembekal
F9 - tangkap ikan & pungut hasil hutan
Soalan 1 (a):
Ciri-ciri utama kerajaan agraria ialah ia sebuah kerajaan
yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti pertanian seperti
penanaman padi sawah dan padi huma. Selain itu, masyarakat agraria juga
terlibat dalam kegiatan mengumpul hasil hutan dan menternak binatang. Ia
terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah-lembah sungai dan
kawasan pedalaman contohnya di Sungai Menam, Sungai Irrawaddy dan Tanah Tinggi
Dieng di Indonesia.
Manakala kerajaan maritim pula menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan perdagangan dan kelautan. Ia terletak berhampiran dengan kawasan
pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Di samping itu, kedudukan kerajaan maritim juga adalah
strategik di tengah jalan perdagangan antara China dan India. Faktor ini
membolehkan kerajaan maritim muncul sebagai pelabuhan pembekal. Selain kegiatan
perdagangan, masyarakat kerajaan maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap
ikan dan memungut hasil hutan.
b) Bincangkan amalan
kerjasama kerajaan maritim dan kerajaan agraria dalam meningkatkan ekonomi
kerajaan awal Asia Tenggara. (10 markah)
Kerajaan maritim:
F1 - memerlukan tukang kayu & tukang batu dari kerajaan
agraria
F2 - mendapatkan bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk
membuat kapal
F3 - mendapatkan bahan mentah & haiwan seperti gajah
dari kerajaan agraria
Kerajaan agraria:
F4 - mendapat barangan mewah dari china atau India dari
kerajaan maritim
F5 - menyalurkan tenaga kerja seperti tukang kayu &
tukang batu kepada kerajaan maritim
F6 - menghasilkan sumber makanan utama seperti beras kepada
kerajaan maritime
Soalan 1(b):
Kerajaan maritim dan kerajaan agraria saling bekerjasama dan
saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya kerajaan agraria mempunyai
penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi kepada
kerajaan maritim.
Selain itu kerajaan agraria juga mempunyai sistem pertanian
yang baik hingga dapat menghasilkan sumber makanan seperti beras dan
membekalkannya kepada kerajaan maritim.
Kerajaan agraria juga mendapatkan barangan mewah seperti
tembikar, tekstil, gelas dan manik dari kerajaan maritim.
Manakala kerajaan maritim pula mendapatkan bahan mentah
seperti kayu dan binatang seperti gajah dari kerajaan agraria.
Selain itu kerajaan maritim juga mendapat bekalan kayu dari
kerajaan agraria untuk membuat kapal.
Kerajaan maritim juga mendapatkan tukang kayu dan tukang
batu yang mahir dari kerajaan agraria.
Salah satu bentuk
kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan sebagai kerajaan
agraria berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya.
(a) Apakah maksud
kerajaan agraria ?
o Kerajaan yang
menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan memungut
hasil hutan dan sungai.
- Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di
lembah sungai dan di lereng gunung
Berapi
(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat
tersebut.
o Menanam padi sawah atau padi huma
o Menanam tanaman sampingan
o Menghasilkan pelbagai jenis rempah
o Mengumpulkan hasil hutan
o Mengambil sarang burung dari gua
o Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
o Mendapatkan kulit kura-kura
o Menternak binatang
o Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada
masyarakat maritim
(c) Berikan tiga
faktor yang meyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria
o Pembinaan sistem pengairan yang baik
o Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
o Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja
o Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan
o Terletak di lembah sungai yang subur
o Iklim panas dan lembap sepanjang tahun [6 x 1m = Mak. 3
markah]
(d) Nyatakan
kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat Angkor.
o Membekalkan sumber air minuman
o Membekalkan sumber ikan air tawar
o Punca untuk mengairi sawah
o Mendapan Lumpur menyuburkan kawasan sekitar [4 x 1m = Mak.
2 markah]
(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai
sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara
Tentera - Memiliki bala tentera yang besar.
Kawal - Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan
kerajaan
Pelabuhan - Memiliki pelabuhan yang baik.
Strategik - Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat
Melaka.
Persinggahan - Menjadi persinggahan pedagang dari China dan
India.
Wilayah - Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan
perdagangan.
Kapal - Mampu menghasilkan kapal besar.
Hubungan - Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua
(a) Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan
agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu sama lain ?
Beras - Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan
maritim.
Dagangan - Beras menjadi barang dagangan utama antara
kedua-dua kerajaan.
Mewah - Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim
untuk mendapatkan barangan mewah dari luar.
Hutan - Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada
kerajaan agraria sebagai tukaran dalam perdagangan.
Gajah - Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada
kerajaan agraria.
Tukang - Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan
oleh kerajaan agraria.
(a) Nyatakan ciri-ciri utama kerajaan maritim.
o Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan
kepulauan
o Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan
memungut hasil laut.
o Mempunyai pelabuhan sebagai tempat berdagang.
o Berperanan sebagai pelabuhan entreport.
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan
entreport ?
o Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan
hasil kawasan taklukannya kepada
pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
o Pelabuhan nini juga berperanan membeli barangngan daripada
pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya pedagang yang datang dari pelabuhan
sekitarnya.
(b) Senaraikan faktor-faktor yang mendorong
perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.
o Berperanan sebagai pelabuhan pembekal
o Terletak di Selat Melaka
o Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dengan
India
o Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar
seperti China dan India
o Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil hutan
dan hasil laut.
o Mempunyai hasil yang dibekalkan oleh kerajaan lain.
o Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.
(d) Berikan sebab-sebab orang Melayu merupakan
pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara.
o Bahasa Melayu dijadikan lingua franca
o Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.
o Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan
masyarakat di luar.
o Memiliki kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
o Mengetahui kaedah pelayaran.
(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan
Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal ?
Ksyatria - Dibawa oleh golongan
ksyatria / tentera.
Penakluk - Disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang
membentuk tanah jajahan.
Vaisya - Dibawa oleh golongan pedagang / vaisya
Brahmin - Dibawa oleh golongan Brahmin / pendeta
Budaya - Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan
disesuaikan dengan budaya tempatan.
(b) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha terhadap
sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara
Gelaran - Penggunaan gelaran raja
Beraja - Strukur pemerintahan di pengaruhi oleh sistem
beraja di India.
Puncak - Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu oleh
golongan bangsawan dan pembesar.
Mutlak - Raja berkuasa mutlak.
Perintah - Perintah raja adalah undang-undang.
Derhaka - Melanggar titah raja adalah derhaka.
Dewaraja - Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.
Sakti - Raja mempunyai kesaktian.
Adat - Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedudukan
raja seperti adatistiadatpertabalan.
Brahmin - Brahmin memimpin upacara pertabalan.
Orde - Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.
Antara warisan
kesenian tinggalan kerajaan awal di Asia gara mempunyai pengaruh Hindu dan
Buddha ialah monumen dan batu bersurat.
a) Apakah maksud
monumen ?
o Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada
batu dengan tujuan memperingati
orang ternama, atau peristiwa penting.
o Monumen boleh berupa candi / kuil / wat / stupa, arca dan
patung.
(b) Senaraikan fungsi candi sebagai monumen
keagamaan.
o Berperanan sebagai
rumah ibadat
o Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.
o Tempat menyimpan patung dewa utama
o Menjadi lambang keagungan pemerintah
o Melambangkan orde kosmos
(c) Nyatakan ciri-ciri binaan Angkor Wat.
o Tingginya 213 meter
o Keluasan kawasannya ialah 208 hektar
o Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengahnya
o Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat setinggi
39 meter.
o Setiap sudut mempunyai menara.
o Di bahagian luarnya terdapat tembok.
o Tembok dibuat daripada batu dengan ukuran 850 meter lebar
dan 1 000 meter panjang.
o Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding
tembok.
(d) Berikan tiga
kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks
Sejarah Tingkatan Empat ms. 92 - 93)
o Mencatat keturunan raja
o Menulis maklumat berkaitan agama Buddha
o Mencatat perkara yang berkaitan dengan pemerintahan
o Mencatat amaran raja kepada rakyat
Bagi Yang Ingin Copy Ini Link Dia
https://docs.google.com/document/d/1TrmnleY7RDZPfasrUqLDTi5l5nDnS_qlElmwb6itxQw/edit?usp=sharing
Thanks, Sila Share
( Ps: Untuk Makluman, Saya Menawarkan Ruang Blog Untuk Disewa Bagi Tujuan Iklan Selama Sebulan Serendah RM 10. Sila Ws 0135159051 -Jejak Norman. Tq )
Bagi Yang Ingin Copy Ini Link Dia
https://docs.google.com/document/d/1TrmnleY7RDZPfasrUqLDTi5l5nDnS_qlElmwb6itxQw/edit?usp=sharing
Thanks, Sila Share
( Ps: Untuk Makluman, Saya Menawarkan Ruang Blog Untuk Disewa Bagi Tujuan Iklan Selama Sebulan Serendah RM 10. Sila Ws 0135159051 -Jejak Norman. Tq )
Please Share
BalasPadamSangat membantu untuk menjawab soalan dengan lebih terarah.Terima kasih.
BalasPadamTerima Kasih. Mohon Share Linknya
Padamkenapa tak boleh copy?
BalasPadamguna Snipping tool dlm PC kan boleh?
Padamsaya sedih sebab tak boleh copy T^T esok exam la cikgu jejak norman
BalasPadamok dah boleh copy :p
PadamTerima Kasih byk²!!.. esok exam boleh jawab.
BalasPadamNota yg bagus... Tq awak..
BalasPadamTerima kasih bnyak² esok sah blh jawab exam
BalasPadammcm mne nk copy nie
BalasPadamtak boleh copy aihhh
BalasPadamthank you foor the note
BalasPadamngapaan sih enggak boleh copy text......waduh
BalasPadamjumpa pun 1 jam mencari tk jmpa thank you owner blog ni hehehhe
BalasPadamnak copy
BalasPadamSangat menbantu..lebih2 lagi bagi contoh bentuk kerjasama kerana tiada dalam buku rujukan atau buku teks
BalasPadamAdakah negaraa kita lebih sesuai menjadi negara agraria atau maritim
BalasPadamMaritim
Padam