Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ( KEDATANGAN BURUH )

KEDATANGAN BURUH ( SEBAB DAN KESAN )

2.         Faktor-faktor yang mendorong buruh  Cina dan India datang ke Tanah Melayu.

·                    galakan kerajaan British
·                    Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh pembesar Melayu
·                    Wujud hubungan tradisi antara kerajaan India dengan Tanah Melayu
·                    Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
·                    Kestabilan politik
·                    kemakmuran Tanah Melayu

3.  Cara kemasukan  buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

      Kemasukan buruh Cina

      Sistem  tiket kredit
·                    Bakal imigran dikumpul oleh kheh-tau(ketua)
·                    Ketua ini dibayarsejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
·                    Bakal imigran dikenali sebagai sin keh
·                    Imigran diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh  majikan
·                    golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu
·                    Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
·                    Tiba di pelabuhan mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan  majikan untuk mereka

     Sistem pengambilan kakitangan
·                    majikan akan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh
·                    Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
·                    pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan




     Sistem rumah kongsi
·                    pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang
·                    dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
·                    Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah
kongsi

      Secara berkumpulan
·                    Cara kedatangan imigran berubah ekoran wujudnya  tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura
·                    Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke
·                    Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan  lada hitam

      Kemasukan buruh India

      Sistem buruh bebas
·                    datang sendiri dengan biaya masing-masing
·                    kedatangan mereka diaturkan  oleh orang atau  kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
·                    setelah tiba di Tanah Melayu bebas memilih tempat dan pekerjaan yang  dikehendaki

      Sistem kontrak
·                    majikan akan  membiayai  tambang  mereka ke Tanah Melayu
·                    Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum

      Sistem Kangani
·                    Seorang kangani akan akan diberi lessen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.
·                    Kangani akan diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di Tanah Melayu
·                    Seorang Kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing

4.   Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

·                    tidak terdapat kesepaduan kaum menyulitkan proses perpaduan kaum
·                    Lokasi orang Melayu di bandar, ,India  di ladang,, dan C ina di bandar
·                    pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
·                    perbezaan bahasa pertuturan
·                    kehidupan sosial yang berbeza
·                    menggunakan bahasa  ibunda




5.         Kesan-kesan daripada penigkatan jumlah kemasukan Imigran India  dan Cina ke Tanah Melayu.

·                    pembentukan masyarakat majmuk
·                    wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
·                    jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
·                    penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
·                    tidak terdapat interaksi antara kaum
·                    tidak ada perpaduan antara kaum

a. Jelaskan sebab-sebab kedatangan buruh China dan India ke negara kita. (6 markah)
(Buku Teks Ting.4 hlm. 252)

Kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu akibat kepesatan sektor pertanian dan perlombongan telah menyebabkan British membawa masuk buruh dari China dan India. Buruh dari India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah. Buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah.
Selain itu, kedatangan mereka juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mendorong mereka meninggalkan negara masing-masing.
Kemasukan buruh dari China telah berlaku melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.
Kemasukan buruh India pula melalui sistem buruh bebas, sistem kontrak dan sistem kangani.
Selain galakan kerajaan kolonial British agar mereka berhijrah, penghijrahan mereka juga tidak ditentang oleh orang Melayu.
Di samping itu, wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India dan China telah mendorong mereka berhijrah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran ini.

Kesimpulannya, kebanjiran buruh China dan India ini akhirnya melahirkan masyarakat majmuk dan sekaligus mewujudkan konsep 1 Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse