Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH : TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia

Gambar dibawah menunjukkan sebuah Tamadun yang paling awal iaitu Tamadun Mesopotamia. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.

a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia.
  • Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
  • Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.

b) Jelaskan perbentukkan, tamadun Mesopotamia.
  • Bermula daripada zaman Neolitik.
  • Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
  • Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(b) Jelaskan, proses pembentukan tamadun Mesopotamia.
  • Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
  • Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
  • Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
  • Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
  • Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

d) Jelaskan ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :
· Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
· Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
· Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
· Pusat kota – ialah rumah ibadat.
· Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
· Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.

2. Organisasi sosial :
· Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
· Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
· Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang )
 .
3. Sistem pemerintahan :
· Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
· Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
· Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
· Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
· Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
· Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
· Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

4. Pengkhususan kerja :
· Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
· Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
· Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
· Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
· Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
· Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
· Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .

5. Sistem Tulisan :
· Ia bermula dalam bentuk gambar .
· Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
· Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

e) Jelaskan, apakah sumbangan tamadun Mesopotamia ?

1. Kod Undang –undang Hammurabi :
· Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
· Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
· Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
· Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
· Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
· Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .

2. Hasil Tulisan :
· Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
· Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .

3. Ilmu pengetahuan :
· Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
· Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
· Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
· Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan :
· Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
· Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .

5. Seni bina :
· Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
· Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
· Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .

6. Empayar pertama dunia :
· Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
· Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja : 
· Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse