KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
( 1 ) Zaman Prasejarah
a ) Apakah Zaman Prasejarah.
- Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .
- Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .
- Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
- Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .
b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .
- Hidup secara nomad – berpindah randah .
- Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .
- Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
- Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
- Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni
c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .
- Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
- Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
- Mempunyai bahan tembikar .
- Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
- Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
- Hasil artifak mereka lebih baik.
- Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
- Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
d) Ciri – ciri Zaman Logam.
- Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
- Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
- Mereka mula meneroka laut.
- Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
- Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
- Mereka juga mula membina kota pertahanan.
- Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.
Ulasan
Catat Ulasan