Langkau ke kandungan utama

NOVEL SALIR DAKSINA ( PERWATAKAN : TAUKE LIM )


Novel  Salir Daksina


(b)   Watak sampingan berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak sampingan yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita.  ( KBAT )

Tauke Lim

         Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak  sampingan  iaitu Tauke Lim yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.

           Antara perwatakan Tauke Lim yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah seorang yang pemurah. Contohnya, Tauke Lim selalu menyumbangkan barangan makanan apabila orang0orang kampung membuat satu program. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bermurah hati kepada semua orang dan sentiasa berkongsi dalam segala hal.

             Selain itu, seorang yang amanah. Contohnya, Tauke Lim menyerahkan segala harta yang diamanahkan oleh Abdullah Kayan kepada Haqial Hakimi seperti buku bank dan segala urusan tanah pertanian. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-baiknya.

              Akhir sekali, seorang yang rajin dan gigih berusaha. Contohnya, Tauke Lim rajin bekerja di tanah Abdullah Kayan dan membeli hasil pertanian orang kampung sehingga mampu membeli sebidang tanah untuk tapak rumahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse