Novel Silir Daksina
(a) Watak Utama berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )
Haiqal Hakimi
Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.
Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah seorang yang baik hati. Contohnya, Haikal mengajak pemandu teksi yang menghantarnya minum di Warung Wak Sakimin. Situasi ini mengajar saya supaya sentiasa membalas jasa dan pengorbanan orang lain dengan menghargai serta menghormati mereka.
Selain itu, seorang yang penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya kandungnya. Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan sayang yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa memberikan perasaan sayang yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan kekeluargaan menjadi lebih utuh.
Akhir sekali, seorang yang prihatin. Contohnya, Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih kerana mendapat tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa prihatin terhadap hal sekeliling dan meletakkan perhatian atas permasalah yang dihadapi oleh orang lain.
Jawapan Cadangan
By: Norman ( SMK DATO JAAFAR )
Ulasan
Catat Ulasan