Langkau ke kandungan utama

SOALAN SEJARAH ESEI ( PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH )

BAB 5: KERAJAAN ISLAN DI MADINAH

SOALAN PERCUBAAN SPM 2010 NEGERI SEMBILAN

SOALAN ESEI ( PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH )

1.    Jelaskan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah. [4m]

F1 kota Makkah adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
F2 merupakan tempat lahirnya agama Islam/wahyu/al-Quran
F3 tempat letaknya Kaabah
F4 pusat ibadat orang Islam/umrah /haji
F5 tempat asal orang Muhajirin/orang Islam Makkah
F6 orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
H5a syarat gencatan senjata selama 10 tahun telah dicabuli oleh Quraisy
 H5b orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui
H5c orang Quraisy telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
F6 pembukaan kota Makkah merupakan strategi jangka panjang menyebarkan agama Islam
H6a kedudukan kerajaan Islam Madinah akan menjadi lebih mantap

2.    Huraikan kesan-kesan peristiwa pembukaan semula kota Makkah. [5m]

F1 Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah
F2 baginda dapat berpidato/khutbah kepada umat Islam
H2a dengan membaca ayat al-Quran
F3 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
F4 agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya
F5 umat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F6 kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
F7 Kaabah menjadi tumpuan seluruh umat Islam
H7a untuk beribadat
F8 membuktikan kekuatan kerajaan umat Islam Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
H8a secara aman/tanpa paksaan/sukarela
F9 membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F10 membolehkan sebuah lagi pusat pemerintahan Islam yang kuat diwujudkan
H10a Madinah dikekalkan sebagai pusat pentadbiran Islam
H10b Makkah dijadikan wilayah Islam
F11 Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh
H11a menjadi titik tolak pemerintahan Islam seterusnya

SOALAN SPOT 1

SOALAN ESEI ( PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH )

1.    Apakah sebab Uthman Affan dipilih ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah? 
Jawapan:
a) Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah
b) Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
c) Sifatnya yang kmah lembut dan bertolak ansur. (ms 132) 

2.    Nyatakan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
Jawapan:
a) Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
b) Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
c) Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
d) Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
e) Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 hijrah). (ms 132) 

3.    Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah. 
Jawapan:
a) Orang Islam berpeluang menunaikan fardu haji pada tahun berikutnya, 629M.
b) Perjanjian ini memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila- bila masa.
c) Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
d) Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
e) Islam dapat berkembang dengan meluas dan selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimeterai, bilangan penganut Islam bertambah keadaan ini menggambarkan bahawa Islam tersebar secara aman.
f) Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi
g) Kerajaan Islam di Madinah diiktiraf perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah. (ms 133) 

4.    Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 630M? 
Jawapan:
a) Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
b) Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
c) Strategi jangka panjang bagi penyebaran Islam.
d) Kerajaan Islam di Madinah akan bertambah mantap. (ms 134) 

5.    Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?
Jawapan:
a) Bilangan tentera Islam begitu ramai (10 000 orang)
b) Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
c) Tentera Islam masuk ke Makkah mengikut empat arah untuk membuat kepungan. (ms 135) 

6.    Nyatakan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.
Jawapan:
a) Menyebabkan pertambahan penganut Islam.
b) Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliyah.
c) Masyarakat Islam juga mula mendalami ilmu Islam.
d) Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam.
e) Kerajaan Islam di Madinah semakin mantap
f) Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. (ms 135-136) 

7.    Apakah pesanan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum kewafatan baginda padatahun 632M bersamaan 11 Hijrah? 
Jawapan:
Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu Al-Quran dan Sunnah. (ms 137)

SOALAN SPOT 2

SOALAN ESEI ( PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH )

1.    Nyatakan peristiwa-peristiwa yang membuktikan orang Quraisy Makkah telah melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.

·         Orang Quraisy Makkah tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
·         Mereka tidak menghormati Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
·         Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah.



2.    Apakah faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. bertindak menyerang kota Makkah pada tahun 630 Masehi ?

·         Pihak Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
·         Mereka tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui
·         Mereka membunuh orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
·         Merangka strategi meneruskan penyebaran Islam
·         Untuk memperkuatkan kerajaan Islam Madinah


3.    Nyatakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menawan kota Makkah.

·         Merancang memasuki kota Makkah secara bijaksana
·         Berpegang kepada prinsip aman
·         Memberi jaminan keselamatan kepada penduduk
·         Tidak menggunakan kekerasan
·         Menyediakan empat pasukan tentera
·         Memasuki Makkah melalui empat arah berlainan


4.    Terangkan peristiwa pembukaan semula kota Makkah oleh tentera Islam pada tahun 630 Masehi.

·         Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tentera Islam menyerang Makkah
      kerana orang Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
·         Nabi Muhammad s.a.w. membentuk empat pasukan tentera
           Diketuai Khalid  al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin Awwam.
·         Tentera Islam mengepung kota Makkah
      Mereka memasuki kota Makkah dari empat penjuru
·         Tentera Islam berpegang kepada prinsip aman
      Penduduk Makkah tidak dicederakan jika tidak melawan
·         Keselamatan penduduk Makkah terjamin
      Jika berlindung di dalam rumah, di rumah ibadat atau di  rumah Abu Sufyan dan Abbas
·         Tentera Islam berjaya menawan kota Makkah
      Tidak berlaku pertumpahan darah


5.    Terangkan faktor yang menyebabkan tentera Islam berjaya menawan kota  Makkah tanpa pertumpahan darah.

·         Prinsip yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
      Baginda berpegang kepada prinsip aman.
      Baginda tidak akan menggunakan kekerasan.
·         Strategi ketenteraan yang berkesan.
      Baginda menyediakan empat pasukan tentera – pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin  Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
      Memasuki  Makkah melalui empat arah
·         Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Dikepung dari  empat arah
·         Semangat jihad yang tinggi
      Memberi keyakinan kepada tentera Islam
·         Ketakwaan orang Islam
      Menimbulkan kekaguman kepada orang Quraisy
·         Pengislaman Abu Suffian dan Abbas.
·         Jaminan keselamatan kepada mereka yang berlindung di rumah mereka
·         Jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.
menyebabkan orang Quraisy tidak menentang


6.    Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.

·         Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam
      Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam
·         Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan
Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan
·         Nabi Muhammad s.a.w.  mengampunkan penduduk Makkah.
      Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
·         Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
      Amalan menyembah berhala terhapus
·         Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam
      Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam
·         Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
            Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia
·         Negara Islam Madinah begitu kukuh
      Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam
·         Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
      Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman
·         Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
      Wilayah Islam semakin luas

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011, TERENGGANU

SOALAN ESEI ( PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH )

1.    Nyatakan dua isi Perjanjian Hudaibiyah,

F1 gencatan senjata selama 10 tahun
F2 kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau Quraisy Makkah
F3 orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
F5 umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

2.    Berikan dua sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630M.

F1 orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
F2 tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama
F3 membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam
F4 strategi jangka panjang penyebaran Islam

3.    Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?

F1 pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2 jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3 bilangan tentera Islam yang ramai
F4 tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5 menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F6 semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi

Ulasan

  1. tiada jgk buku nota dan latihan soalan sej f4 dan f5 ka?

    BalasPadam
  2. Baguss... Perkongsian yg amat bgus untuk rujukan para guru & pelajar-pelajar

    BalasPadam
  3. Mengapakah pembukaan semula kota makkah penting dalam sejarah perkembangan islam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse