BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
SOALAN SPOT 1
SOALAN ESEI ( PENINGKATAN TAMADUN : EKONOMI TAMADUN CHINA DAN
INDIA )
1.
Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam Tamadun
India dan China telah membawa kepada perkembangan peradaban manusia
(a) Terangkan faktor
yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
-
Hubungan
perdagangan dengan luar
Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan
Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.
-
Munculnya
pusat perusahaan
Contohnya
Anga, Kalinga dan Karusa.
-
Berkembangnya
bidang perusahaan
Contohnya perusahaan tekstil, dan sutera di
Bengal dan Benares.
Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu
permata
-
Mempunyai
barang dagangan yang banyak
Contohnya senjata, gading gajah, emas,
berlian dll.
-
Terdapat pelabuhan
yang menghubungkan India dengan negara luar
ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura,
Broach, Chaul dan Cambay.
-
Terdapat
persatuan perdagangan (stresthin)
Stresthin mengawal harga dan kualiti barang
serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang
logam, tukang kulit dsb.
-
Terdapat
undang-undang perdagangan.
Undang-undang digubal untuk mengawal
persatuan.
Undang-undang diawasi oleh raja
-
Menggunakan
mata wang sebagai medium jual beli
Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
-
Pelaksanaan
sistem cukai
Contohnya cukai hasil pertanian dan
buah-buahan.
[6 markah]
(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada
zaman Dinasti Chou.
· Penggunaan tenggala
· Penggunaan batas
· Penggunaan kolar kuda
· Penciptaan alat kegunaan pertanian.
· Pengenalan sistem tanaman bergilir
· Penggunaan sistem teres
· Pembinaan terusan untuk pengairan
[6 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan
bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?
· Membolehkan barangan negara kita
dieksport
· Menjana ekonomi negara
· Menyediakan peluang pelaburan
· Membekalkan peluang pekerjaan
· Menggalakkan pengaliran dana asing
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk
menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
· Menjalankan kegiatan pertanian secara
komersil
· Mengeksport hasil pertanian
· Menjalankan penyelidikan untuk
meningkatkan kualiti hasil pertanian
· Memproses menjadi barangan pengguna
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
SOALAN SPOT 2
SOALAN ESEI ( PENINKATAN TAMADUN : EKONOMI TAMADUN CHINA DAN
INDIA )
2.
Perkembangan pendidikan dalam tamadun dunia
bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan martabat bangsa dalam tamadun
tersebut.
(a) Jelaskan tentang
falsafah pendidikan berikut :
(i) Falsafah pendidikan Athens
· Bertujuan melahirkan manusia yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani
· Bertujuan melahirkan manusia seimbang
dari segi fizikal dan mental.
· Bertujuan melahirkan manusia yang
cemerlang.
· Bertujuan melahirkan manusia yang
menguasai semua aspek.
· Bertujuan melahirkan manusia yang
dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[2 markah]
(ii) Falsafah pendidikan Sparta
· Bertujuan melahirkan tentera yang
gagah berani.
· Bertujuan melahirkan manusia yang
mempunyai semangat patriotik.
· Bertujuan melahirkan munsia yang
setia kepada negara.
· Bertujuan mengutamakan latihan
fizikal.
· Menekankan kemahiran menggunakan senjata.
[2 markah]
(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada
zaman peningkatan tamadun.
-
Peperiksaan
awam mempunyai tiga tahap
iaitu tahap pertama (Hsiu Tai), tahap kedua
(Chun Jen) dan tahap ketiga (Chin Shih).
Tahap pertama setaraf dengan ijazah
pertama.
Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana.
Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor
falsafah.
-
Tempat
peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.
Tahap pertama dijalankan di peringkat
daerah.
Tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.
Tahap ketiga dijalankan di istana.
-
Lulusan
peperiksaan akan mendapat faedah
Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai
kerajaan.
Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik.
-
Tempoh
peperiksaan mengikut tahap
Tahap pertama diadakan dua kali dalam tiga
tahun.
Tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun
sekali.
-
Peraturan
peperiksaan sangat ketat
Mereka yang meniru akan dijatuhi hukuman
mati.
Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari
peperiksaan.
Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga
hari untuk menjawab.
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada
Zaman Vedik ?
· Hendak mempelajari hukum agama
· Sebagai persediaan menghadapi hari
selepas mati.
· Menjadikan manusia hidup sempurna
· Supaya mengetahui nilai murni yang
diajar agama
· Bertujuan mendalami agama Hindu dan
Buddha
· Bertujuan melahirkan Brahmin yang
berilmu.
· Bertujuan menambahkan ilmu.
· Bertujuan mengatasi buta huruf.
· Untuk menjawat jawatan dalam
pentadbiran.
· Mana-mana
munasabah
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu
pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?
· Melengkapkan prasarana pendidikan
· Membekalkan guru terlatih yang
mencukupi
· Meningkatkan kaedah pengajaran secara
berkesan
· Menggunakan teknologi ICT dalam pendidikan
· Menambahkan pusat pengajian tinggi
· Membuat penambahbaikan terhadap
sistem peperiksaan
· Mana-mana
jawapan munasabah
[6 markah]
SOALAN KLON SPM 2006
SOALAN ESEI ( PENINKATAN TAMADUN : EKONOMI TAMADUN CHINA DAN
INDIA )
3.
Peningkatan tamadun dapat dilihat dari apek
pendidikanya.
a)
Terangkan kepentingan pendidikan dalam tamadun
Yunani.
-
Athens
-
melahirkan
manusia yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani.
-
Manusia
yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
-
Mementingkan
pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca menghafal dan
menulis.
-
Sparta
-
Melahirkan
warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.
-
Memberatkan
latihan fizikal.
-
Memberi
latihan terhadap kemahiran menggunakan senjata
( 4 Markah )
b)
Jelaskan matlamat dan perkembangan pendidikan
dalam Tamadun China.
Matlamat
utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam
Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat iaitu Sekolah rendah,
Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci
tanpa memahami maknanya, Sekolah menengah, Tumpuan terhadap karangan dan
sastera dan Pendidikan tinggi, Memperterjemah buku suci. Peperiksaan Awam
terdapat tiga tahap. Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan
ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus
pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara
ijazah ketiga layak menjadi pendidik. Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen,
setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali. Peringkat Negara - tahap
ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali. Pengendalian
peperiksaan awam;Diadakan dengan ketat. Mereka yang didapati meniru akan
dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan
dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan
akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung
selama tiga hari untuk menulis jawapan. Sistem peperiksaan awam China merupakan
yang tertua sekali di dunia.
( 10 Markah )
c)
Apakah usaha kerajaan Malaysia untuk membaiki system
pendidikan Negara supaya bertaraf antarabangsa?
-
Mendemokrasikan
pendidikan
-
Mementingkan
ICT
-
Mewujudkan
1 Bestarinet
-
Mengadakan
pengawasan dan audit yang lebih berkesan
-
Memberatkan
Rancangan Intergrasi Murid untuk perpaduan
-
Melaksanakan
KBAT
-
Menerapkan
Pembelajaran Abad Ke-21
-
Melancarkankan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( 6 Markah )
Bagaimanakah aktiviti perdagangan boleh berekembang di Tamadun India ???
BalasPadamBuka link ni
PadamWww.google//sejarahtamadun//.com
Bagaimanakah tamadun cina mencapai kemajuan dalam bidang pertanian?
BalasPadam