Langkau ke kandungan utama

BANTUAN DAN BIASISWA PERUBATAN

Salam Sejahtera semua, sebelum saya mulakan entry pada hari ini. Lama saya tak update, sorry sebab kesibukkan dengan peperiksaan dan juga masalah Covid-19. 

Sebelum saya mula, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap blog saya. Semoga berjaya dalam peperiksaan dan sihat selalu.

Okay, memandangkan 18 Ogos 2020 ini keluar keputusan UPU bagi pelajar sesi 2020/2021. Pasti ada diantara kalian bertanya mengenai bantuan dan biasiswa apa yang anda boleh mohon setelah anda ditawarkan ke Program Perubatan.

Ps : Untuk entry kali ini saya khaskan untuk pelajar yang mendapat Jurusan Program Perubatan di UNIMAS. Hal ini kerana saya merupakan seorang pelajar UNIMAS sendiri dan ini merupakan pengalaman saya berkenaan Bantuan dan Biasiswa yang boleh dimohon kelak.


1. PTPTN



Okay, first PTPTN. Kebanyakkan pelajar selalu akan membuat permohonan pinjaman PTPTN untuk membiayai Tahun pertama pengajian mereka. 

So, Bagaimana untuk saya memohon pinjaman PTPTN?

Langkah Pertama
- Memohon akaun simpanan di bank yang ditetapkan oleh UNIMAS. Selalunya BANK ISLAM.

Langkah Kedua
- Beli satu no pin berharga RM5.00 dari mana mana cawangan Bank Simpanan Nasional.
- No pin ini hanya sah selama 6 bulan dan anda harus memohon no pin baru selepas itu.
- Anda harus masukan no pin ini ke dalam kolum no PTPTN apabila anda memohon pinjaman PTPTN di talian.
- No pin ini adalah unik untuk setiap pengguna dan anda akan menggunakan pin ini untuk semua urusan PTPTN.

Langkah Ketiga
- Buka akaun simpanan SSPN-i di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam ataupun Agrobank untuk mendapatkan nombor akaun simpanan SSPN-i

Langkah Keempat
- Anda boleh memohon pinjaman PTPTN melalui laman web PTPTN di talian. Terdapat banyak borang yang harus dilengkapi dengan keperluan yang ketat, maka garis panduan untuk setiap langkah proses pemohonan telahpun disertakan.

Langkah Kelima
- Pemohon yang berjaya harus mendaftar masuk ke laman web PTPTN untuk mencetak dokumen tertentu.

Langkah Keenam
- Cetak dan hantarkan semua dokumen berkenaan kepada pegawai PTPTN di institusi anda.

Untuk maklumat lebih lanjut sila click link ini https://www.imoney.my/articles/bagaimanakah-saya-memohon-pinjaman-ptptn

2. BAITULMAL


Bagi pelajar yang beragama Islam anda boleh memohon Bantuan Am Persediaan IPT. SIla rujuk link ini bagi pelajar dari Wilayah Persekutusan : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-am-pelajaran-ipt-bantuan-persediaan-ipt

Bagi negeri lain, sila rujuk laman web Majlis Agama Islam negeri masing-masing.


3.  ePengeluran KWSP Pendidikan


Bagi ibu bapa yang mempunyai wang simpanan dalam KWSP, anda boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk pendidikan. Ibu bapa boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP Akaun 2 untuk tujuan pendidikan ahli atau anak di bawah tanggungan ahli untuk pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjuta, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah dan yang setara. Tujuannya untuk ahli mempunyai kewangan bagi membayar yuran pengajian.

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Berikut adalah syarat-syarat tersebut;

  • Ahli mestilah bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan dibuat
  • Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Ahli atau anak belajar di IPT dalam negara sepenuh masa, separuh masa, PJJ dan francais yang dibenarkan.

Pengeluaran untuk pelajar yang belajar di IPT luar negara dibenarkan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

Kategori Pengeluaran Untuk Pendidikan

Pengeluaran KWSP untuk tujuan membiayai pendidikan terbahagi kepada tiga (3) iaitu;

a. Pengeluaran untuk diri sendiri (ahli) bagi membiayai yuran pengajian atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan seperti pinjaman PTPTN.
b. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk membiayai yuran pengajian anak
c. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak.

Pengeluaran untuk pendidikan ini boleh dibuat setiap semester atau setiap tahun bagi setiap orang anak.

Untuk maklumat lanjut sila click link ini : https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/education


4. Yayasan Negeri


Untuk bahagian ini, saya akan utamakan pelajar dari Negeri Sarawak memandangkan Yayasan Sarawak ada menawarkan Biasiswa Khas Perubatan. 

Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sarawak akan menawarkan biasiswa kepada 40 pelajar program perubatan di UNIMAS setiap tahun.  Inisiatif ini dimulakan dalam usaha melahirkan 200 doktor terlatih di Sarawak dalam 10  tahun.

Antara syarat-syarat bagi Biasiswa Khas Perubatan adalah : 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Mendapat tawaran dan pengesahan pengajian program perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Melepasi proses temuduga.
Sekadar pandangan peribadi, bagi saya mana-mana pelajar yang terpilih untuk menerima Biasiswa Khas Perubatan dari Yayasan Sarawak amatlah beruntung memandangkan tajaan ini bermula pada tahun pertama pengajian, elaun pelajar yang bernilai Rm 5k++ diberi setiap semester sepanjang tahun pengajian. Selain itu juga, pelajar akan ditempatkan di Kolej Dahlia ( yang merupakan kolej termewah di UNIMAS, haha) bilik single ada aircond dan elaun transportasi. Seperti semua sedia maklum, yuran pengajian percuma (Pihak Biasiswa Bayarkan).

Amatlah bertuah bagi seseorang pelajar yang terpilih, hanya tinggal perlu LULUS setiap semester dan x repeat tahun pengajian. Namun setiap penerima perlu berkhidmat selama 10 tahun dengan Kerajaan Malaysia seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Walaubagaimanapun tidak semua pelajar yang memohon Biasiswa Khas Perubatan akan terpilih. Jadi, bagi pelajar Sarawak yang tidak terpilih tetapi memerlukan bantuan kewangan bagi pengajian mereka di UNIMAS. Anda boleh memohon Biasiswa Pinjaman Pelajaran daripada Yayasan Sarawak. 

Bagi Yayasan Negeri lain, anda boleh rujuk laman web Yayasan Negeri masing-masing.

5. PINJAMAN IJAZAH DALAM NEGARA (JPA)



Program Tajaan JPA ini akan dibuka setiap tahun bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan. Tajaan JPA ini adalah secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Syarat Permohonan
  • Calon mestilah memenuhi 2 syarat yang ditetapkan iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:
Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana agensi untuk peringkat pengajian yang sama
Syarat Khusus
Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapka adalah seperti berikut: 
  • Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
  • Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
  • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Mekanisme Perjanjian Tajaan JPA
Terdapat 4 syarat yang ditetapkan oleh JPA
  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman


6. TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME MARA


(akan diupdate kemudian)


7. KENYALANG MEDICAL FOUNDATION



Kenyalang Medical Foundation Scholarship/Loan berjumlah RM 50,000 (RM 10K setiap semester). Semua pelajar boleh memohon biasiswa/pinjaman ini walaupun anda bukan "Sarawakian" ia terbuka kepada semua pelajar tetapi hanya 2 pelajar sahaja akan terpilih untuk menerima Biasiswa/Pinjaman ini. Pelajar yang memohon biasiswa/pinjaman ini perlu melalui proses temu duga dahulu. Bagi pelajar yang berjaya, mereka akan diberikan 50% Biasiswa dan 50% Pinjaman. Tiada "ikatan perjanjian" atau "Bonding" dengan mana-mana pihak.


Kesimpulannya, tiada yang mustahil jika kita berusaha. Bagi peluang yang tertutup percayalah Tuhan sedang membuka pintu yang lain dalam hidup kita. Jangan mengalah teruskan usaha anda.
Sebarang pertanyaan boleh emailkan di normanalbert4@gmail.com atau Whatapps no.tel : 013-5159051 . Sekian Terima Kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse