Langkau ke kandungan utama

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017



ULASAN


          Pada  5 Julai 2017, Pertandingan Piala Pidato Diraja Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Kluang Mall, Kluang . Sebanyak 11 Sekolah daripada 11 Daerah  telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Saya telah mewaliki daerah Johor Bahru dalam pertandingan ini setelah memenangi peringkat daerah .Setiap peserta diberikan tajuk awal untuk persedian bagi pusingan pertama.

         Tajuk Pidato bebas dan tajuk pidato saya adalah Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera. Berbekalkan pengalaman semasa pertandingan peringkat daerah dan persediaan yang mencukupi. Akhirnya, selesai pusingan kedua tanpa sebarang masalah dan berjaya menyampaikan pidato dengan baik. Semua peserta layak secara automatik ke peringkat kedua memandang hanya 11 peserta yang menyertai pertandingan tersebut. 

         Pada pusingan kedua, Ketua Hakim memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan atur cara pusingan kedua. Saya telah menjadi peserta yang memegang nombor giliran ketujuh. Saya telah mendapat tajuk spontan iaitu Bahasa Jiwa Bangsa. Memang susah tetapi tak sangka dapat saya lakukan dengan cukup baik hingga membuatkan seisi dewan terkesima. Akhirnya tiba masa penyampaian hadiah, persaingan Tahun ini amatlah sengit . Debaran kian terasa apabila pengumuman keputusan pertandingan.

Keputusan Rasmi Pertandingan


Tempat Pertama : Daerah Segamat      
Tempat Kedua : Daerah Johor Bahru ( SMK DATO JAAFAR )
Tempat Ketiga : Daerah Kluang   



GAMBAR-GAMBAR



PENYAMPAIAN HADIAH



Ambil Gambar Dengan Cikgu dan Rakan Pelapis ( Pentas )



Piala

KESIMPULAN

        Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Tanpa sokongan ibu bapa saya takkan mampu berani berdiri di hadapan orang ramai semasa menyampaikan pidato .

       Tidak lupa juga kepada Mentor, Pelatih dan Guru Pengiring saya Cikgu Mustaza, Cikgu Hasliza dan Cikgu Khadijah yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dalam segala hal dari tahun lepas lagi hinggakan sampai hari ini. Ribuan Terima Kasih juga saya ucapkan kepada Cikgu Mustaza yang telah mencungkil bakat saya semasa Ujian Bertutur PT3. Beliau juga memberikan saya peluang untuk menyertai Pertandingan Pidato Diraja dan Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen buat kali pertama pada tahun 2016. Walaupun tak memenangi apa-apa semasa pertandingan tersebut,  sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu untuk pertandingan yang akan datang.

        Saya juga tekad ingin cuba menjadi lebih baik . Btw, Saya bukanlah pelajar yang aktif dalam Sukan dan Permainan, bahkan saya hanya lebih suka berada dibelakang semasa aktiviti sukan dan permainan dijalankan. Kadang-kadang ada orang pandang rendah akan kebolehan saya tetapi saya percaya yang sebenarnya bakat saya lebih kepada akademik. Mungkin orang tidak boleh melihat kebolehan saya kerana tiada sebarang kejayaan yang saya kecapi , saya hanya pandai diatas kertas tetapi bukan dalam kehidupan yang dipertontonkan oleh khalayak ramai. Justeru saya ingin bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik pada tahun hadapan.

         Menjelang Tahun 2017, Saya sedar bahawa inilah tahun terakhir saya untuk berada di sekolah yang tercinta, jadi saya ingin membuat yang terbaik kerana saya ingin buktikan kepada semua yang saya boleh memperoleh kejayaan yang lebih baik. Apabila saya melihat satu per satu rakan saya yang lain memperoleh kejayaan, Saya terasa tercabar untuk berusaha. Semasa Pertandingan Peringkat Daerah hingga ke Peringkat Negeri.

         Semasa Pertandingan Peringkat Negeri, Cikgu Khadijah juga kelihatan gelisah semasa majlis penyampaian hadiah. Sewaktu itu saya seolah sudah hilang harapan memandangkan banyak peserta yang berkebolehan daripada saya tetapi beliau percaya saya mampu membuktikan yang lebih baik daripada mereka. Terus hilang perasaan takut saya diatas pentas.

         Saya akan sentiasa mengingati Cikgu Bahasa Melayu,  Cikgu Hasliza. Beliau mengajar saya semasa tingkatan 4. Beliau tidak pernah penat untuk memberikan tunjuk ajar kepada semua pelajarnya. Beliau sangat bersungguh-sungguh dan berdedikasi untuk mengajar anak didiknya menjadi orang yang berguna. Beliau merupakan Mentor terbaik saya. Beliau sentiasa mengajar saya untuk berani berdiri di hadapan, bertutur dan memberikan pendapat serta idea. Tanpa tunjuk ajar beliau saya takkan memenui kebolehan saya .Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Saya selalu terpikir untuk menjadi siapa apabila tiba dewasa?.  Persoalan ini sentiasa dalam pemikiran saya dan sekarang saya tahu.

Thanks



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse