Langkau ke kandungan utama

PERTANDINGAN PIALA PIDATO DIRAJA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2017

ULASAN


Pada 11 March 2017, Pertandingan Piala Pidato Diraja Peringkat Daerah Johor Bahru telah diadakan di SMK Tasek Utara 2. Sebanyak 26 sekolah daripada seluruh daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Saya telah mewaliki Sekolah saya iaitu SMK  Dato Jaafar dalam pertandingan ini .Setiap peserta diberikan tajuk awal untuk persedian bagi pusingan pertama.

Antara Tema


1. Rukun Negara Teras Jati Diri Bangsa 
2. Komuniti Prihatin Kesejahteraan Terjamin 
3. Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama
4. Kemenjadian Murid Asas Kecemerlangan Pendidikan
5. Akhlak Mulia Keluarga Bahagia
6. Nilai Murni Penyuluh Hidup 
7. Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Setiap peserta dikendaki untuk memilih salah satu daripada tema diatas. Tajuk adalah bebas tetapi perlu berkait rapat dengan tema yang dipilih. Saya telah memilih tema ... . Dan tajuk pidato saya adalah Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera. Berbekalkan pengalaman tahun lepas dan persediaan yang mencukupi. Akhirnya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya iaitu pusingan kedua iaitu pusingan spontan. Hanya 6 peserta terbaik yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam pusingan ini. Tak sangka dapat dipilih untuk layak ke pusingan kedua . Semua peserta berehat seketika sebelum Pusingan Kedua bermula. Pada pusingan kedua, Ketua Hakim memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan atur cara pusingan kedua dan beliau berasa bangga apabila pada tahun ini terdapat dua orang bukan melayu dapat melangkah ke pusingan kedua dan memberikan persaingan yang sengit. Saya telah menjadi peserta yang memegang nombor giliran keempat. Saya telah mendapat tajuk spontan yang paling susah diantara semua peserta iaitu Kepimpinan Berterusan Asas Kemakmuran Negara. Memang susah tetapi tak sangka dapat saya lakukan dengan cukup baik hingga membuatkan seisi dewan terkesima. Akhirnya tiba masa penyampaian hadiah, Ketua Hakim memberikan ulasan pertandingan tersebut. Dalam ucapanya, beliau bangga melihat saingan yang cukup sengit tahun ini. Debaran kian terasa apabila pengumuman keputusan pertandingan.

Keputusan Rasmi Pertandingan


Tempat Pertama : SMK Dato Jaafar      
Tempat Kedua : SMK Impian Emas
Tempat Ketiga : SMK Sri Tebrau    


Akhirnya dapat menjadi Johan dan akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kluang pada 22 Mei 2017.


GAMBAR-GAMBAR




PUSINGAN PERTAMA


PUSINGAN KEDUA


PESEDIAAN SELAMA 1 MINIT SEBELUM MULA PUSINGAN KEDUA


ULASAN KETUA HAKIM


MENERIMA SIJIL PENYERTAAN


MENERIMA PIALA JOHAN


BERGAMABAR DENGAN CIKGU DAN RAKAN PELAPIS



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik ke...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjala...

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PENGAJARAN )

Novel Di Sebalik Dinara a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel.           Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.          Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah kita haruslah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina.           Selain itu, kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah . Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapa...