Langkau ke kandungan utama

NOTA SOALAN STURKTUR NO.1 SEJARAH ( PERTENGAHAN TAHUN 2017 )

BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

FOKUS SUBTOPIK : PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN
*Soalan No.1 Biasanya akan ditanya mengenai Bab 1 - Bab 3 yang berkaitan dengan Tamadun Awal Manusia.

NOTA-NOTA

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

1.             Berlaku secara beransur-ansur dengan masa yang lama.

2.             Tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iatu penyesuaian antara manusia dengan alam sekeliling.


3.             Tamadun awal manusia bermula sejak Zaman Neolitik yang berlaku antara tahun 3500 SM hingga 300 SM apabila manusia tidak lagi bepindah-randah.

4.             Ketika ini berlaku Revolusi Neolitik iaitu pertukaran aktiviti berburu kepada bercucuk tanam dan menternak binatang


5.             Kebanyakan petempatan mereka di lembah sungai dan laut kerana di sini terdapat tanah yang subur untuk pertanian, kemudahan bekalan air dan makanan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

6.             Keseluruhan tamadun awal manusia terbentuk di lembah sungai.

7.             Contohnya tamadun Meopotamia di Lembah Sungai Euphrates (3500 SM), tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil (3100 SM), tamadun Indus di Lembah Sungai Indus (2500 SM) dan tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho (1800 SM)

 TAMADUN MESOPOTAMIA

Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia

1.             Perkataan Mesopotamia berasal bahasa Yunani yang bermaksud tanah di antara sungai

2.             Dua bahagian iaitu


              a.       Bahagian utara bandar Baghdad (Kawasan Sungai Zab / Assyria  )
               b.       Bahagian selatan bandar Baghdad (Kawasan Sungai Tigris dan Euphrates)
                     i.            Dikenali sebagai Babylon
                     ii.            Babaylon ada dua kawasan iaitu Akkad di utara dan Sumeria di Selatan

3.             Bermula di wilayah Selatan Iraq (Sumer)

4.             Wujud kebudayaan Neolitik sebelum kedatangan orang Sumeria


5.             Orang Sumeria menjalankan aktiviti pertanian

6.             Lebihan hasil dapat menampung penduduk yang semakin bertambah


7.             Petempatan awal berkembang menjadi bandar kota sepeti Ur, Uruk, Kish, Nippur, Lagash, Assur, Mari dan Eridu


Ciri Tamadun Mesopotamia

1.         Setiap negara kota merupakan sebuah kerajaan berdaulat 
a.       Negara kota bersatu tenaga untuk berperang
b.       Negara kpta meliputi pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
c.       Mempunyai kubu pertahanan yang mempunyai pintu gerbang yg menjadi lanbang kekayaan.
d.       Kubu pertahanan dubina dengan pelbagai bentuk spt bulat, segi empat dan bukur
e.       Di pusat kota terdapat istana, rumah ibadat, rumah kediaman, rumah kedai dan pasar
f.        Pusat sesebuah kota ialah ialah rumah ibadat
g.       Jalan raya mengbungkan sebuah negara kota dengan negara kota yang lain
h.       Sungai dan tanah pamah memudahkan pengangkutan kapal, pedatii dan kaldai

2.       Organisasi sosial

a.       Raja
b.       Ketua pendeta, ketua tentera dan bangsawan
c.       Rakyat bebas (petani, pedagang dan artisan)
d.       Hamba (tawanan perang)

3.       Pengkhususan pekerjaan

a.       Perdagangan amat penting
b.       Barang dagangan seperti kayu-kayan, emas dan perak
c.       Terdapat pendudk yang menjadi tukang rumah dan golongan tentera
d.       Terdapat pengusaha tekstil, barang tembikar dan keperluan harian

4.       Sistem pemerintahan

a.       Teokrasi (pemerintahan pemerintahan oleh Tuhan atau waki Tuhan)
b.       Raja dianggap sebagai wakil tuhan
c.       Masyarakat tidak menyembah raja kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin di Akkad.
d.       Raja sebagai ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendita
e.       Zigurat sebagai sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.
f.        Raja berkuasa dalam soal cukat, tanah dan hasil pertanian

5.       Tulisan

a.       Cuneiform (tulisan simbol yang ditulis atas tanah liat)
b.       Berbentuk pepaku
c.       Tulisan b ergambar dan berkembang menjadi simbol

 Sumbangan Tamadun Mesopotamia

1.       Kod Undang-undang Hammurabi yang mengandungi 282 undang-undang berkaitan pemerintahan, jenayah dan perkahwinan.
2.       Penggunaan batu-bata daripada tanah liat yang dibakar
3.       Pintu gerbang mlengkung
4.       Zigurat yang bermatlamatkan kepercayaan
5.       Tembok-tembok pertahanan
6.       Taman Tergantung Babylon
7.       Arca dan tiang batu
8.       Tulisan cuneiform
9.       Epik Gilgamesh (hasi kesusasteraan tertua di dunia)
10.    Penciptaan roda untuk menghasilkan kereta kuda
11.    Kincir air, kapal layar dan sistem pengairan
12.    Melebur logam tmbaga
13.    Ilmu astronomi dan penguasaan ilmu perubatan
14.    Konsep empayar pada zaman Raja Sargon di Akkad (Empayar pertama di dunia)
15.    Kalendar berasaskan sistem solar (12 bulan satu tahun)

  
TAMADUN MESIR PURBA

Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba

1.       Terbentuk di tebing Sungai Nil
2.       Limpahan air Sungai Nil menjadikan Mesir subur.
3.       Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik
4.       Berlaku secara evolusi (dari petempatan kecil menjadi perkampungan)
5.       Kampung menjadi beberapa buah bandar dan akhirnya membentuk nome atau daerah
6.       Nome inibersatu menjadi pusat pentadbiran spt Thinis, Memphis dan Thebes.
7.       Penggunaan alat logam dapat membina sistem pengairan dan pertanian
8.       Manusia di Lembah Nil membina peralatan kawalan air dan terusan

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

1.       Kehidupan berorganisasi

a.       Firaun
b.       Pembesar, bangsawan, tuan tanah, juru tulis dan rahib
c.       Rakya bebas (petani, pedagang dan artisan)
d.       Hamba

2.       Kehidupan di bandar

a.       Tempat kediaman raja
b.       Pusat pemerntahan dan pentadbiran, pusat keagamaan, pelabuhan dan tumpuan penduduk

3.       Sistem pemerintahan

a.       Diterajui oleh Firaun
b.       Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan maknan.
c.       Rahib tadbir hal keagamaan
d.       Jurutulis menulis segala rekod kerajaan.
e.       Mula mengiktiraf wanita sebagai pemimpin

4.       Pengkhususn pekerjaan

a.       Pembuat barang tembikar, penenun, pembuat peralatan, artisan dan peniaga
b.       Eksport utama ialah tekstil dan kertas
c.       Lombong emas di Nubia
d.       Perdagangan dari luar

5.       Sistem kepercayaan

a.       Percaya konsep politeisme (banyak tuhan)
b.       Percaya kepada kehidupan selepas mati
c.       Mayat diawet menjadi mumia
d.       Bekalan kubur disertakan

6.       Tulisan

a.       Hieroglif (kombinasi gambar dan simbol berasaskan bunyi)
b.       Merekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai
c.       Tujan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan
7.       Empayar
a.       Empayar Mesir
b.       Meluaskan jajahan
c.       Zaman kegemilangan merangkumi Nubia, selatan Mesir hingga ke utara, barat dan wilayah Asia

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

1.       Ketmadunan manusia dalam seni bina iaitu piramid.
2.       Piramid ilham daripada Imhotep
3.       Pembinaan bangunan daripada batu bata.
4.       Kemajuan pendidikan daripada kepndaian mencipta kertas darpada pokok papyrus
5.       Rekod yang trtulis dan terpahat dalam tulisan hieroglif
6.       Mewujidkan sistem pendikdikan untuk kanak-kanak b angsawan
7.       Maju dalam ilmu perubaan
8.       Ilmu matemaik digunakan untuk mengawal banjir
9.       Mencipta sistem pengairan boleh menjadikan padang pasir sebagai kawasan pertanian
10.    Bidang astonomi memperkenalkan kelendar 12 bulan setahun
11.    Mahir mengawet mayat

 TAMADUN INDUS.

Proses Pembentukan Tamadun

1.       Dikenali sebagai tamadun Harappa
2.       Musnah kerana serangan orang Aryan dan bencana alam
3.       Penduduk nomad membentuk petempat kekal di sepanjang Sungai Indus
4.       Hasil ertanian dan pertambahan pendudk membentuk bandar
5.       Dua bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa
6.       Pelabuhan penting ialah Lothal dan Sutkegendor

Ciri-ciri Tamadun

1.       Petempatan kekal membentukan bandar terancang

a.       Berasaskan blok segi empat
b.       Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya
c.       Mempunyai sistem kumbahan terancang
d.       Bandar dihubungi dengan jalan raya dan sungai
e.       Keistimewaannya terdapat sistem perparitandengan longkang di bawah tanah

2.       Organisasi sosial

a.       Atasan
                     i.            Pemerintah di kalangan pendeta
                   ii.            Pendeta dan pedagang
b.       Bawahan
                     i.            Petani
                   ii.            Buruh
                  iii.            Hamba
c.       Pendeta sebagai pemerintah
d.       Pemerintah berkuasa menjalankan upacara keagamaan dan menagihkan hasil pertanian

3.       Pengkhususan pekerjaan

a.       Perdagangan seperti emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.
b.       Terdapat pertanian, pertukangan dan pembuatan serta artisan
c.       Hasilkan barangan logam dan tembikar

4.       Kepercayaan dan agama

a.       Terdapat patung dan ukiran berasaskan agama
b.       Percaya kepada Tuhan Ibu
c.       Sembah patung proto-Siva (patung kepala tiga)

5.       Sistem tulisan

a.       Berbentuk piktograf

Sumbangan Tamadun Indus

1.        Perancangan bandar yang sistematik seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
2.        Manghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
3.        Sifat keterbukaan dengan membuat hubungan dengan tamadun lain
4.        Rumah dan bangunan yang tersusun
5.        Kubu untuk mempertahankan bandar
6.        Terdapat tandas dan tempat mandi awam
7.        Sistem kumbahan yang sistemaik

TAMADUN HWANG HO

Proses Pembentukan Tamadun
 
1.       Muncul daripada kesubuuran tanah di Hwang Ho (Sungai Kuning)
2.       Bersifat setempat kerana fizikalnya bergunun gganang dan padang pasir
3.       Dikesan dengan jumpaan tengkorak homo sapien (Peking Men)
4.       Berlaku semasa pemerintahan Dinasti Shang hingga Dinasti Chou (1766 SM – 256 SM)
5.       Petempatan awal di Tapak Banpo

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

1.       Bandar Anyang merupakan negara kota

a.       Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
b.       Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
c.       Terdapat embok pertahanan
d.       Dikelilingi oleh perkampungan petani

2.       Organisasi sosial

a.       Raja
b.       Bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan
c.       Petani, artisan dan pedagang
d.       Hamba

3.       Pengkhususan pekerjaan

a.       Pembesar memiliki tentera sendiri
b.       Petani adalah tonggak terpenting ekonomi
c.       Hamba menjadi tentera paksaan dan tujuan korban dalam upacara penyembahan

4.       Sistem pemerintahan

a.       Dinanti Shang amalkan pemerintahan beraja
b.       Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
c.       Dinasti Chou amalkan sistem feudal
d.       Pentadbiran wilayah duserah kepada golongan bangsawan
e.       Wujud konsep Tien (syrga)

5.       Agama dan kepercayaan

a.       Animisme dan politeisme
b.       Menyembah roh dan nenek moyang
c.       Meyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (tu)
d.       Penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
e.       Upacara ini diketuai oleh bomoh
f.        Tulang oracle telah dijumpai dan berfungsi untuk meramal

6.       Sistem tulisan

a.       Muncul daripada rekahan tulang oracle.
b.       Berbentuk ideogram (simbol) dan mempunyai gambar

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1.       Sistem pemerintahan monarki
2.       Raja ditukar kepada maharaja
3.       Konsep anak syurga dan mandat syurga
4.       Pembinaan sistem pengairan
5.       Terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir
6.       Teknologi pembajakan dan pembinaan cangkul
7.       Mula menggunakan batas untuk penanaman
8.       Tulisan ideogram
9.       Pemujaan roh nenek moyang
10.    Konsep Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) serta Fengsui (hubungan harmonis antara manusia dan alam)
11.    Kalendar 30 hari sebulan dan 360 hari setahun
12.    Sun Tzu menulis buku the Art of War  (selok belok perang dan menangani musuh)
13.    Tulang oracle


CONTOH SOALAN AKAN DIUPDATE KEMUDIAN.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA MENARIK )

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP BLOG SAYA  SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN Peristiwa-Peristiwa Menarik 1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.             Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam

NOVEL DI SEBALIK DINARA ( PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN )

Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan 1. Terdapat Peristiwa-peristiwa didalam Novel telah diolah oleh pengarang untuk dijadikan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Teladan yang terdapat dalam novel tersebut.         Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan Medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.            Antaranya ialah peristiwa dimana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya . Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah mengajar saya supaya sentiasa memiliki hubungan yang baik antara adik beradik kerana merekalah yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.            Se

NOVEL SILIR DAKSINA ( PERISTIWA MENARIK )

SOALAN 1 Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesbuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, 2  huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut . (7 Markah) JAWAPAN    Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga  peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.    Antara peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel Silir Daksina,  ialah peristiwa dimana   Umi melihat persembahan tarian zapin . Haiqal bersedia untuk memperse